Isnin, 12 Januari 2015

Super Smartphone : Saygus V2

Apa tu Saygus? Gula-gula Sugus ke? Tak pernah dengar pun?

Ini mungkin salah satu reaksi apabila anda pertama kali mendengar jenama ini. Saygus V2 adalah sebuah “Super Smartphone”yang baru diperkenalkan baru-baru ini pada acara Consumer Electronic Show CES 2015 yang telah berlangsung di Las Vegas. Jika dilihat pada spesifikasi phone ini, ia boleh dikategorikan sebagai smartphone yang serba serbi canggih. Mengapa? Mari kita lihat apakah kemampuannya.

Pada pandang pertama, Saygus V2 ini mempunyai rupa yang hampir sama seperti kebanyakkan smartphone Android lain dipasaran, namun jika dilihat pada apa yang ada pada kerangka dalaman smartphone ni, seorang penggila gadget akan mula hilang akal, mual-mual, dan pening kepala kerana spesifikasinya yang tak dijangkau dik akal. Kita mula dengan skrin terlebih dahulu, Saygus V2 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inch FullHD dan mempunya bezel yang sangat sangat sangat nipis. Skrin ini juga dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 4, sesuai untuk penggunaan si dia yang lasak dan suka menjatuhkan phone secara sengaja. Untuk bahagian badan smartphone pula, ia menggunakan bahan diperbuat daripada Kevlar bertujuan melasakkan lagi smartphone ini.


Saygus V2 turut didatangkan dengan Dual-Harman Kardon speaker yang terletak pada bahagian di bahagian atas dan bawah skrin dimana ia dikatakan mampu menjana bunyian yang clear. Antara spesifikasi lain Saygus V2 ini adalah kamera utama 21MP dengan Dual LED Flash, kamera hadapan 13MP, pengimbas cap jari, 2.5 GHz Qualcomm Snapdragon 801, Andreno 330, RAM sebesar 3GB, menggunakan versi Pure Android 4.4.4 KitKat (5.0 Lolipop in future), keupayaan storan sehingga 320GB (64GB on board storage, Dual micro SD slot up to 128GB each), kapasiti bateri sebesar 3100mAh, dan IPx7 certified iaitu ketahanan kalis air dan mampu bertahan selama 30 minit didalam air (kedalaman maksima 1 meter).

Apa macam? Menyengat tak?

Buat masa ini, masih tidak ada kata putus berkenaan harga bagi sebuah peranti Saygus V2 ini, namun, saya merasakan ianya mungkin akan dipasarkan dengan harga RM1700 – RM1900, itupun jika ia masuk ke pasaran tempatan.


x