Apa tu Saygus? Gula-gula
Sugus ke? Tak pernah dengar pun?
Ini mungkin salah satu
reaksi apabila anda pertama kali mendengar jenama ini. Saygus V2 adalah sebuah “Super
Smartphone”yang baru diperkenalkan baru-baru ini pada acara Consumer Electronic
Show CES 2015 yang telah berlangsung di Las Vegas. Jika dilihat pada
spesifikasi phone ini, ia boleh dikategorikan sebagai smartphone yang serba
serbi canggih. Mengapa? Mari kita lihat apakah kemampuannya.
Pada pandang pertama, Saygus
V2 ini mempunyai rupa yang hampir sama seperti kebanyakkan smartphone Android
lain dipasaran, namun jika dilihat pada apa yang ada pada kerangka dalaman
smartphone ni, seorang penggila gadget akan mula hilang akal, mual-mual, dan
pening kepala kerana spesifikasinya yang tak dijangkau dik akal. Kita mula
dengan skrin terlebih dahulu, Saygus V2 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inch
FullHD dan mempunya bezel yang sangat sangat sangat nipis. Skrin ini juga
dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 4, sesuai untuk penggunaan si dia yang
lasak dan suka menjatuhkan phone secara sengaja. Untuk bahagian badan
smartphone pula, ia menggunakan bahan diperbuat daripada Kevlar bertujuan
melasakkan lagi smartphone ini.
Saygus V2 turut didatangkan
dengan Dual-Harman Kardon speaker yang terletak pada bahagian di bahagian atas
dan bawah skrin dimana ia dikatakan mampu menjana bunyian yang clear. Antara
spesifikasi lain Saygus V2 ini adalah kamera utama 21MP dengan Dual LED Flash,
kamera hadapan 13MP, pengimbas cap jari, 2.5 GHz Qualcomm Snapdragon 801,
Andreno 330, RAM sebesar 3GB, menggunakan versi Pure Android 4.4.4 KitKat (5.0
Lolipop in future), keupayaan storan sehingga 320GB (64GB on board storage,
Dual micro SD slot up to 128GB each), kapasiti bateri sebesar 3100mAh, dan IPx7
certified iaitu ketahanan kalis air dan mampu bertahan selama 30 minit didalam
air (kedalaman maksima 1 meter).
Apa
macam? Menyengat tak?
Buat masa ini, masih tidak
ada kata putus berkenaan harga bagi sebuah peranti Saygus V2 ini, namun, saya
merasakan ianya mungkin akan dipasarkan dengan harga RM1700 – RM1900, itupun
jika ia masuk ke pasaran tempatan.
x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan