Sabtu, 1 November 2014

Microsoft Band : Smartband terbaru daripada Microsoft

Tahun ini dilihat banyak syarikat telekomunikasi berlumba-lumba memperkenalkan wearable device mereka (Samsung, Apple, LG, Motorola, Pebble, Asus & etc)  dan pihak Microsoft juga dilihat turut tidak mahu terkecuali. Pihak Microsoft telah membuat kejutan dengan memperkenalkan Fitness Band terbaru mereka pada Khamis yang lepas.

Device terbaru daripada Microsoft ini dilengkapi dengan 10 sensor untuk mengukur kadar denyutan jantung, stress level, ultraviolet index, dan banyak lagi. Ia juga mampu bertahan selama 48 jam bagi sekali cas. Pernah dengar berkenaan sistem bantu suara Cortana? Yes, smartband terbaru daripada Microsoft ini turut dilengkapi dengan Cortana dan anda juga boleh menyemak sebarang notifikasi sekiranya smartband ini disambung terus kepada smartphone anda.




Anda boleh menggunakan smartband ini pada sebarang peranti Android, iOS, dan (sudah pasti) Windows Phone. Ini merupakan satu anjakkan baru pihak Microsoft dalam kemampuannya mencuburi industy fitness tracker, dan diharap pihak Microsoft benar-benar serius dan konsistan dalam membangunkan teknologi fitness tracker ini dimasa akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan