Sabtu, 1 November 2014

Oppo R5 : Smartphone ternipis didunia (buat masa ini)

Nampaknya, semakin hari, semakin banyak syarikat pengeluar smartphone berlumba-lumba untuk menghasilkan smartphone ternipis di dunia. Sebelum ini kita pernah melihat pelbagai smartphone yang pernah dinobatkan sebagai smartphone ternipis didunia iaitu antaranya ialah Motorola Droid Razr (7.1mm), Huawei Ascend  P1 (6.68mm), Vivo X1 (6.2mm) dan Huawei Ascend P6 (6.18mm).  Kali ini, pihak Oppo ingin memegang takhta tersebut dengan memperkenalkan Oppo R5, dengan ketebelan hanya 4.85mm, ia merupakan smartphone ternipis yang pernah dibina. Ianya terlampau nipis sehinggakan ia tidak mempunyai ruang untuk meletakkan 3.5mm audio jack.

Bercakap berkenaan spesifikasi pula, Oppo R5 dilengkapi dengan skrin 5.2-inch AMOLED FullHD dengan kepadatan pixel 423ppi. Ia juga dilengkapi dengan chipset 1.5GHz Octacore 64-bit Snapdragon 615 SoC, GPU Andreno 405, 2GB RAM, kamera hadapan 5 Megapixel, kamera utama 13 Megapixel dengan sensor f/2.0 Sony IMX214. Antara feature menarik pada kamera Oppo R5 ini ialah kebolehan untuk memfokus dengan lebih pantas dan kemampuan menangkap gambar bersaiz 50 Megapixel.

Namun, apa yang menyedihkan (pendapat peribadi) ialah kapasiti bateri yang terlalu kecil iaitu hanya 2,000 mAh, ini kerana dengan rekaan senipis ini, tiada banyak ruang yang boleh digunakan bagi memasukkan saiz bateri yang lebih besar. Namun tidak perlu risau (kata Oppo) kerana Oppo R5 ini dilengkapi dengan fast charging, anda boleh mengecas phone ini dari 0% - 75% dalam masa hanya 30 minit sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan