Khamis, 19 Mac 2015

Menggunakan Windows 10 pada smartphone Android?

Baru-baru ini, pihak Microsoft telah menandatangani satu perjanjian bersama pihak Xiaomi bagi menyediakan sokongan Windows 10 Technical Preview kepada model smartphone Xiaomi Mi4.

Mungkinkah ini strategi baru pihak Microsoft untuk memasuki pasaran China? Ataupun adakah ini satu langkah awal pihak Microsoft untuk membina 'custom ROM' khas bagi pengguna Android? So that in future, user Android boleh memilih untuk menggunakan perisian Android ataupun Windows pada smartphone mereka? Pelbagai persoalan cuba diajukan kepada kedua-dua pihak, namun, buat masa ini apa yang pasti, Windows 10 Technical Preview akan boleh dimuat turun oleh developer terpilih, dan mereka akan ditugaskan untuk melaporkan sebarang bugs yang ada dan memberi input idea baru yang boleh diimplimantasikan kedalam Windows 10 ini.


Sumber: MIUI.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan