Untuk membuktikan berapa kepantasan sebenar teknologi Quick Charge 2.0 ini, pihak Qualcomm telah menerbitkan sebuah video ringkas yang memaparkan 3 buah model Nexus 6 yang sama, setiap satu mempunyai kapasiti bateri 3200mAh dicas daripada 0%. Nexus 6 pertama (kiri) menggunakan charger 5 volts/1 Amp, Nexus 6 kedua (tengah) menggunakan charger 5 volts/2 Amps, dan Nexus 6 ketiga (kanan) menggunakan Qualcomm's Quick Charge 2.0. So, yang manakah lebih pantas mengecas semula Nexus 6 ini? Saksikan video dibawah.
Laju kan? Dengan teknologi ini, pemilik smartphone boleh mengecas semula peranti mereka dengan lebih pantas dan ini dapat menjimatkan masa menunggu. Namun, teknologi Quick Charge 2.0 ini hanya boleh digunakan pada sesetengah cip pemprosesan Snapdragon terpilih sahaja. Antara smartphone yang boleh menggunakan Qualcomm Quick Charge 2.0 ini ialah:
- Google Nexus 6
- Motorola DROID Turbo
- Samsung Galaxy Note Edge
- Samsung Galaxy Note 4
- HTC Desire EYE
- 2nd Gen Motorola Moto X
- Sony Xperia Z3
- Sony Xperia Z3 Compact
- Sony Xperia Z3 Tablet Compact
- HTC One (M8)
- HTC One Remix
- Xperia Z2 Tablet
Mungkin pada masa akan datang kita boleh melihat lebih banyak lagi teknologi ini diimplimantasikan pada keluaran smartphone baru.
Sumber: Qualcomm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan