Rabu, 25 Mac 2015

Televisyen Pintar Xiaomi Mi TV 2 40 inch

Xiaomi dilihat telah memperkenalkan variasi televisyen pintar baru mereka yang dikenali sebagai Mi TV 2. Ia hadir dengan skrin bersaiz 40 inci dan bakal dijual pada harga 1999 Yuan (RM 1200).
Antara spesifikasi utama Xiaomi Mi TV 2 ini ialah:
  • 40 inci LED Skrin FullHD Sharp SDP-X panel
  • Cip pemprosesan  MStar 6A908 Cortex-A9 Quadcore
  • GPU Mali 450 MP4
  • RAM 1.5GB DDR3
  • Memori dalaman 8GB
  • Sokongan audio Dolby MS12.
  • Menggunakan sistem operasi MIUI TV on top of Android 4.4 Kitkat

Buat masa ini, Xiaomi Mi TV 2 hanya akan dijual dipasaran China kerana hampir keseluruhan feature utama yang ditawarkan hanya mampu beroperasi sepenuhnya disana sahaja. Televisyen pintar ini akan mula dijual pada 31 Mac ini di laman rasmi Xiaomi.

Sumber: Xiaomi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan