Jumaat, 27 Mac 2015

GST: Oppo Malaysia mengekalkan harga jualan peranti mereka


Pihak Oppo Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga jualan bagi peranti-peranti mereka akan dikekalkan walaupun selepas GST (Good Service Tax) dilaksanakan. Perkara ini dibangkitkan berikutan hasrat kerajaan Malaysia untuk melaksanakan sistem pencukaian baru GST bermula 1 April 2015 ini yang mana setiap barangan wajib dikenakan cukai jualan sebanyak 6%. Langkah drastik ini dibuat bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan (terutamanya) agak terus menyokong keluaran produk Oppo. 

Khamis, 26 Mac 2015

Pengecas Pantas Qualcomm Quick Charge 2.0


Untuk membuktikan berapa kepantasan sebenar teknologi Quick Charge 2.0 ini, pihak Qualcomm telah menerbitkan sebuah video ringkas yang memaparkan 3 buah model Nexus 6 yang sama, setiap satu mempunyai kapasiti bateri 3200mAh dicas daripada 0%. Nexus 6 pertama (kiri) menggunakan charger 5 volts/1 Amp, Nexus 6 kedua (tengah) menggunakan charger 5 volts/2 Amps, dan Nexus 6 ketiga (kanan) menggunakan Qualcomm's Quick Charge 2.0. So, yang manakah lebih pantas mengecas semula Nexus 6 ini? Saksikan video dibawah.



Laju kan? Dengan teknologi ini, pemilik smartphone boleh mengecas semula peranti mereka dengan lebih pantas dan ini dapat menjimatkan masa menunggu. Namun, teknologi Quick Charge 2.0 ini hanya boleh digunakan pada sesetengah cip pemprosesan Snapdragon terpilih sahaja. Antara smartphone yang boleh menggunakan Qualcomm Quick Charge 2.0 ini ialah:

Rabu, 25 Mac 2015

Televisyen Pintar Xiaomi Mi TV 2 40 inch

Xiaomi dilihat telah memperkenalkan variasi televisyen pintar baru mereka yang dikenali sebagai Mi TV 2. Ia hadir dengan skrin bersaiz 40 inci dan bakal dijual pada harga 1999 Yuan (RM 1200).
Antara spesifikasi utama Xiaomi Mi TV 2 ini ialah:
  • 40 inci LED Skrin FullHD Sharp SDP-X panel
  • Cip pemprosesan  MStar 6A908 Cortex-A9 Quadcore
  • GPU Mali 450 MP4
  • RAM 1.5GB DDR3
  • Memori dalaman 8GB
  • Sokongan audio Dolby MS12.
  • Menggunakan sistem operasi MIUI TV on top of Android 4.4 Kitkat

Buat masa ini, Xiaomi Mi TV 2 hanya akan dijual dipasaran China kerana hampir keseluruhan feature utama yang ditawarkan hanya mampu beroperasi sepenuhnya disana sahaja. Televisyen pintar ini akan mula dijual pada 31 Mac ini di laman rasmi Xiaomi.

Sumber: Xiaomi

Jumaat, 20 Mac 2015

Smartphone Windows Phone termurah (buat masa ini)

Nama yang tidak asing lagi didalam kategori smartphone mampu milik, Microsoft dengan platform Windows Phone-nya telah memperkenalkan Lumia 430 Dual SIM, smartphone Windows Phone termurah, paling murah, sangat murah, murah-murah, dan teramat murah.
So, persoalannya, berapa murah? RM 260.00 (USD 70). Just WOW.
Persoalan seterusnya, berbaloi ke kalau beli? You get what you pay, Lumia 430 Dual SIM ini dilengkapi dengan skrin sebesar 4 inchi WVGA, cip pemprosesan 1.2GHz dual-core Snapdragon 200, RAM sebesar 1GB, memori dalaman 8GB (microSD expandable), kamera utama 2 Megapixel, kamera hadapan VGA, menggunakan Windows Phone 8.1 dengan Lumia Denim, mempunyai dua slot SIM dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 1500mAh.
Penjualan Lumia 430 Dual SIM ini dikatakan akan bermula mulai bulan hadapan.
Sumber: Microsoft

2nd Generation Moto 360?

Kita sedia maklum bahawa jam tangan pintar Moto 360 telah menjangkau usia setahun semenjak ia mula diperkenalkan pada March tahun lepas. Yes, pada mulanya, terdapat pelbagai kritikan yang hangat diperkatakan tentang kelemahan software Android Wear yang ada pada Moto 360 antaranya seperti lag yang teruk dan optimasi bateri yang lemah. Namun selepas bebebeberapa update, Moto 360 kini dilihat sebagai benchmark utama kepada kebanyakkan Android Wear lain yang berada dipasaran. 



Kini, syarikat Motorola dilihat sedang berusaha untuk memperkenalkan generasi terbaru bagi Moto 360. Gambar diatas dikatakan telah diperoleh daripada CEO Lenovo sendiri iaitu Yang Yuanqing.
Apa yang dapat dilihat didalam gambar ini ialah seperti prototype bagi chasis body, tali besi, dan berberapa komponen utama yang dilihat mempunyai kesamaan ciri dengan Moto 360. 
So, adakah ini merupakan generasi kedua bagi Moto 360 dan jika Ya, apakah spesifikasi ? Jawapannya, entah, hope ada berita terbaru kelak.

Khamis, 19 Mac 2015

Official Lolipop 5.0 update bagi OnePlus One

Akhirnya setelah sekian lama, OnePlus One sudah hampir bersedia untuk menerima update terbaru Lolipop 5.0. Di dalam forum rasmi, syarikat OnePlus menyatakan bahawa update terbaru Lolipop ini akan dibuat secara OTA bermula pada atau sebelum 30 March ini.

Yang uniknya, akan terdapat dua jenis update yang mana boleh dipilih untuk dimuat turun oleh user OnePlus One iaitu CyanagonMod 12S yang mana dibina oleh pihak Cyanogen  ataupun Oxygen OS yang mana dibina oleh pihak OnePlus, Oxygen OS sedia dimuat turun pada atau sebelum 27 March ini.

Menggunakan Windows 10 pada smartphone Android?

Baru-baru ini, pihak Microsoft telah menandatangani satu perjanjian bersama pihak Xiaomi bagi menyediakan sokongan Windows 10 Technical Preview kepada model smartphone Xiaomi Mi4.

Mungkinkah ini strategi baru pihak Microsoft untuk memasuki pasaran China? Ataupun adakah ini satu langkah awal pihak Microsoft untuk membina 'custom ROM' khas bagi pengguna Android? So that in future, user Android boleh memilih untuk menggunakan perisian Android ataupun Windows pada smartphone mereka? Pelbagai persoalan cuba diajukan kepada kedua-dua pihak, namun, buat masa ini apa yang pasti, Windows 10 Technical Preview akan boleh dimuat turun oleh developer terpilih, dan mereka akan ditugaskan untuk melaporkan sebarang bugs yang ada dan memberi input idea baru yang boleh diimplimantasikan kedalam Windows 10 ini.


Sumber: MIUI.COM

Isnin, 12 Januari 2015

Super Smartphone : Saygus V2

Apa tu Saygus? Gula-gula Sugus ke? Tak pernah dengar pun?

Ini mungkin salah satu reaksi apabila anda pertama kali mendengar jenama ini. Saygus V2 adalah sebuah “Super Smartphone”yang baru diperkenalkan baru-baru ini pada acara Consumer Electronic Show CES 2015 yang telah berlangsung di Las Vegas. Jika dilihat pada spesifikasi phone ini, ia boleh dikategorikan sebagai smartphone yang serba serbi canggih. Mengapa? Mari kita lihat apakah kemampuannya.

Pada pandang pertama, Saygus V2 ini mempunyai rupa yang hampir sama seperti kebanyakkan smartphone Android lain dipasaran, namun jika dilihat pada apa yang ada pada kerangka dalaman smartphone ni, seorang penggila gadget akan mula hilang akal, mual-mual, dan pening kepala kerana spesifikasinya yang tak dijangkau dik akal. Kita mula dengan skrin terlebih dahulu, Saygus V2 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inch FullHD dan mempunya bezel yang sangat sangat sangat nipis. Skrin ini juga dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 4, sesuai untuk penggunaan si dia yang lasak dan suka menjatuhkan phone secara sengaja. Untuk bahagian badan smartphone pula, ia menggunakan bahan diperbuat daripada Kevlar bertujuan melasakkan lagi smartphone ini.


Saygus V2 turut didatangkan dengan Dual-Harman Kardon speaker yang terletak pada bahagian di bahagian atas dan bawah skrin dimana ia dikatakan mampu menjana bunyian yang clear. Antara spesifikasi lain Saygus V2 ini adalah kamera utama 21MP dengan Dual LED Flash, kamera hadapan 13MP, pengimbas cap jari, 2.5 GHz Qualcomm Snapdragon 801, Andreno 330, RAM sebesar 3GB, menggunakan versi Pure Android 4.4.4 KitKat (5.0 Lolipop in future), keupayaan storan sehingga 320GB (64GB on board storage, Dual micro SD slot up to 128GB each), kapasiti bateri sebesar 3100mAh, dan IPx7 certified iaitu ketahanan kalis air dan mampu bertahan selama 30 minit didalam air (kedalaman maksima 1 meter).

Apa macam? Menyengat tak?

Buat masa ini, masih tidak ada kata putus berkenaan harga bagi sebuah peranti Saygus V2 ini, namun, saya merasakan ianya mungkin akan dipasarkan dengan harga RM1700 – RM1900, itupun jika ia masuk ke pasaran tempatan.


x