Samsung
SCH-V200 merupakan phone pertama didunia yang dilengkapi kamera, phone ini
telah dipasarkan secara global bermula Jun 2000, and yes, it about 14 years
ago. Sejak daripada itu, boleh dikatakan hampir kesemua manufacture smartphone
mula mengetengahkan implimantasi kamera kedalam setiap pengeluaran phone
mereka. Hari ini, kita dapat melihat pelbagai jenama tersohor dunia seperti
HTC, Samsung, Apple, LG, Oppo, Huawei dan etc mampu menghasilkan kamera phone
berkualiti tinggi yang mampu membuatkan pengguna tidak lagi menggunakan kamera
kompak as a point to shoot camera. Namun begitu, masih terdapat berberapa
penambahbaikkan yang boleh dibuat terutama jika kita membincangkan tentang
low-light photography.
Secara
jujurnya, smartphone masih lagi tidak mampu untuk menghasilkan gambar yang
cantik dan berkualiti apabila berdepan dengan low-light condition kerana
kekangan sensor yang kecil, dan ini menyebabkan kamera DSLR masih dan tetap
memegang takhta bagi low-light photography kerana ia mempunyai sensor yang
besar. Namun ini tidak bermakna tiada smartphone yang mampu mengambil gambar
yang baik jika berdepan dengan low-light condition. Oleh itu, berikut adalah
berberapa pilihan bagi the best smartphone yang mampu sedikit sebanyak
menyelesaikan masalah anda apabila berdepan dengan low-light condition terutama
diwaktu malam apabila ketiadaan dan kekurangan cahaya.
Asus
Zenfone 5 & Asus Zenfone 6
Kedua-dua
smartphone ini boleh dikategorikan sebagai smartphone kelas pertengahan “mampu
milik”, namun pihak Asus menyatakan bahawa teknologi PixelMaster yang
disertakan pada kedua-dua smartphone ini mampu mengambil gambar yang cantik
apabila berada di kawasan yang gelap/kurang cahaya. Tetapi, yes, ada tetapi,
apabila anda mengambil gambar low-light menggunakan 13 Megapixel kamera Zenfone
6, ia sebenarnya hanya akan menghasilkan gambar menggunakan 3 Megapixel sahaja
dan jika anda menggunakan 8 Megapixel kamera Zenfone 5, ia sebenarnya hanya
akan menghasilkan gambar menggunakan 2 Megapixel sahaja. Walaupun kedua-dua
smartphone ini menggunakan Megapixel yang rendah untuk low-light photography,
gambar yang terhasil tetap akan memuaskan hati anda, usah risau ya.
iPhone
6 Plus
Why
not iPhone 5s or iPhone 6? Jawapan mudah, ia dilengkapi sensor yang lebih baik,
plus, ia memiliki Optical Image Stabalization. Sambung story, smartphone
terbaru keluaran Apple ini memiliki kamera utama 8 Megapixel dengan sensor 1/3”
dan Optical Image Stabalization. Seriously and honestly, dengan sensor sebesar
itu, ia pasti mampu menghasilkan gambar-gambar low-light dengan kualiti
terbaik.