Rabu, 24 September 2014

Isu Hangat: iPhone 6 Plus mudah bengkok

Hari ini terdapat desas desus daripada pengguna iPhone 6 Plus yang menyatakan bahawa iPhone mereka mengalami sindrom 'Bendable' atau kebengkokkan. Perkara ini tercetus semasa pengguna cuba untuk duduk di atas kerusi dengan iPhone mereka berada didalam poket seluar (Jeans & Ketat). Fenomena ini telah memperlihatkan rasa ketidakpuasan hati pengguna iPhone 6 Plus kerana produk baru daripada Apple ini kelihatan sangat fragile.

Seorang Youtubers daripada channel Unbox Therapy secara sukarelanya telah membuat ujian ketahanan ke atas iPhone 6 Plus miliknya dengan cubaan membengkokan iPhone tersebut dengan hanya menggunakan kekuatan jarinya. So, bagaimana resultnya? Mari kita lihat gambar-gambar dibawah. 




Persoalannya sekarang, mengapakah perkara seperti ini boleh berlaku? Pandangan peribadi, hampir keseluruhan aspek design luaran iPhone 6 Plus adalah menggunakan material daripada Aluminium. Dalam masa yang sama, ia memiliki kelebaran yang besar dan ketebalan yang nipis (158.1 x 77.8 x 7.1 mm). Rekabentuk ini secara logiknya akan mudah dibengkokkan, Aluminium + nipis = Mudah dibengkokkan, lagi menghayat hati adalah Aluminium tidak mempunyai sifat seperti Polycarbonate, Aluminium mudah dibentuk dan akan kekal dengan bentuk yang baru. So, hipotesisnya, semakin nipis Aluminium itu, semakin mudah ia dibengkokkan (berubah bentuk). 

Mari kita nantikan apakah solusi yang bakal dibawa oleh pihak Apple bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan