Sabtu, 27 September 2014

Smartphone Terbaru : Nokia Lumia 830


Pada IFA 2014 yang lalu, pihak Microsoft dilihat telah melancarkan smartphone mampu milik terbaru mereka  iaitu Lumia 830 dimana mereka cuba untuk meletakkan kamera berkapasiti high end ke dalam sebuah smartphone yang kompak. Lumia 830 ini akan mula dijual di Malaysia mulai 3 Oktober dengan harga saranan RM1399 sebuah.

Lumia 830 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inch ClearBlack 720p IPS (1280 x 720), Corning Gorilla Glass 3, dan Curved Glass. Jadi secara teorinya, dengan gabungan teknologi display ini, kita seharusnya dapat melihat hasil yang akan membawa kepada penggunaan smartphone yang lebih praktikal apabila digunakan dikawasan outdoor.

Lumia 830 menggunakan chipset Quadcore Snapdragon 400 clock at 1.2 Ghz dan 1GB RAM. Ia juga didatangkan dengan 16GB memori dalaman. Yes, saya boleh baca apa yang anda fikir, 16GB tidak cukup memandangkan feature utama smartphone memfokuskan penggunaan kamera berkualiti tinggi. Usah risau, kerana terdapat slot penambahan memori microSD yang mampu support up to 128GB.


Seperti yang diperkatakan tadi, selling point utama bagi Lumia 830 ini ialah pada kamera PureView  10 Megapixel-nya. Kamera utama Lumia 830 ini dilengkapi dengan ZEISS Optic, 1/3.4 sensor, Teknologi PureView dan Optical Image Stabilization (OIS). ZEISS Optic yang digunakan dapat membantu bagi menangkap gambar yang berkualiti, setanding dengan high end Lumia yang lain seperti Lumia 1520 dan Lumia 930.

And last but not least, kapasiti bateri. Lumia 830 didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 2200 mAh. Ia juga didatangkan dengan 4 variasi warna apabila mula dijual nanti iaitu Jingga (amboi skema ayat), Hijau, Putih dan Hitam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan