Pihak Sony baru-baru ini telah melancarkan satu
lagi produk Flagship Device mereka iaitu Sony Xperia Z3. Majlis perlancaran ini
telah berlangsung di IFA 2014, Berlin. Xperia Z3 merupakan kemaskini terbaru
kepada line-up Xperia Z (Xperia Z, Xperia Z1, dan Z2) mereka. Tidak terdapat
banyak perubahan yang berlaku pada Xperia Z3 ini jika dibandingkan dengan
Xperia Z2, namun, ianya tetap membawa sedikit tweak yang membolehkan Xperia Z3
ini tampak setanding dengan Flagship Device lain yang terdapat dipasaran sekarang.
Sebagai permulaan, tidak enak untuk bercerita lebih lanjut tentang
Xperia Z3 ini tanpa menyenaraikan terlebih dahulu spesifikasi terbaru yang ada
didalam Smartphone ini. Xperia Z3 diperkuasakan dengan cip pemprosesan 2.5Ghz
Snapdragon 801, RAM sebesar 3GB, kamera utama 20.7 Megapixel Exmor R, 2.2
Megapixel kamera hadapan, skrin FullHD 1080p bersaiz 5.2 inch, 16GB memori
dalaman + Slot Microsd, 4G LTE, Android 4.4.4 dan kapasiti bateri bersaiz
3100 mAh.
So, melihat dari segi spesifikasi yang ditawarkan, Sony dilihat
tidak membawakan kemaskini yang sangat ummmpphhh (susah nak explain dengan
kata-kata) kepada Xperia Z3 mereka. Mengapa saya berkata demikian? Ok, jika
dilihat pada trend semasa pengeluaran Smartphone, kebanyakkan pengeluar telah
mula menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 805 berbanding Snapdragon 801 yang
ketinggalan 'sedikit' zaman. Kebanyakkan pengeluar juga sudah mula menggunakan
skrin yang lebih terkini iaitu 2K QuadHD display berbanding 1080p FullHD
display yang popular digunakan oleh kebanyakkan pengeluar smartphone pada tahun
lepas.
Pihak Sony juga telah menyatakan bahawa Xperia Z3 mampu bertahan
sehingga 2 hari tanpa perlu mengecas. Ini kerana dengan penggunaan skrin
beresolusi FullHD dan pengoptimasian software, mereka mampu memanjangkan lagi
hayat bateri sekaligus tampil dengan statement seperti berikut.
Off topic sekejap, saya masih berpendapat bahawa tindakkan Sony
untuk mengekalkan penggunaan skrin 5.2 inch beresolusi FullHD berbanding 2K
QuadHD adalah BETUL. Ini kerana dengan density 424 pixel-per-inch, ianya sudah
cukup tajam untuk pengguna menggunakannya untuk aktiviti seharian. Yes, QuadHD
adalah lebih tajam pixel density nya, namun QuadHD dilihat lebih sesuai
dugunakan untuk sebarang device yang mempunyai skrin yang lebih besar dari 5.7
inch. Penggunaan skrin QuadHD pada smartphone juga mampu mengakibatkan
penggunaan bateri yang lebih kuat, sebagai contoh, Oppo Find 7 dan LG G3,
kedua-dua smartphone ini mendapat kritikan teruk pada prestasi bateri mereka.
Ok, dah habis bebel dah, mari sambung story.
Dari segi rekabentuk pula, Sony masih mengekalkan rekabentuk
omnibalance mereka dengan bahagian tepi yang kini lebih membulat. Penggunaan
kalis air dan debu juga masih dikekalkan bagi peranti ini. Antara feature lain
yang turut hadir adalah sokongan Remote Play untuk Playstation 4 dimana
pengguna boleh memainkan apa-apa permainan Playstation 4 terus pada Xperia Z3
mereka, cool kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan