Rabu, 3 September 2014

Smartphone Terbaru : Meizu MX4


Meizu datang lagi dengan flagship terbarunya iaitu Meizu MX4!

Sebagai pengenalan, Meizu Technology Co. Ltd adalah sebuah syarikat elektronik yang beroperasi di Zhuhai dan merupakan top 10 pengeluar smartphone di China. Baru-baru ini, pihak Meizu telah melancarkan smartphone terbaru mereka yang dinamakan sebagai Meizu MX4. So, mari kita lihat apakah yang menarik tentang Meizu MX4 ini.

Meizu MX4 didatangkan dengan 2.2Ghz MediaTek MT6595 OctaCore CPU dengan RAM sebesar 2GB. Ya, semestinya ramai yang akan mempertikaikan penggunaan chipset MediaTek yang terkenal dengan performance yang kurang menyengat dikalangan pengguna smartphone, namun hakikatnya chipset yang digunakan ini adalah diantara chipset terbaru keluaran pihak MediaTek yang berupaya beroperasi dengan baik dan pantas setanding dengan pengeluar chipset terkemuka yang lain seperti Qualcomm dan Nvidia. Ini terbukti dengan keputusan mengagumkan yang telah diperolehinya didalam aplikasi Antutu Benchmark.


Ia juga didatangkan dengan kamera utama 20.7 Megapixel keluaran Sony, 2 Megapixel kamera hadapan, 16/32/64 GB memori dalaman, skrin FullHD 1920 x 1152 bersaiz 5.36 inch, bateri sebesar 3100 mAh, dan Android Kitkat 4.4 dengan Flyme 4.0 on top. 

Dari segi design pula, Meizu MX4 menggunakan chasis aluminium alloy dengan saiz 144 x 75.2 x 8.9 mm dan berat kasar 147g. Apa yang yang menjadi tarikan utama bagi smartphone ini adalah dari segi harga yang ditawarkan kepada pembeli. Bagi model 16GB, ianya dikatakan bakal dijual pada hujung bulan ini dengan harga $300 (RM956) sebuah. 

Pendapat peribadi, dengan spesifikasi yang ditawarkan dan harga jualan yang cukup rendah, smartphone ini dijangkakan bakal menjadi bualan ramai penggemar smartphone didunia termasuklah di Malaysia. Namun persoalan utama yang masih belum terjawab, adalah pihak Meizu akan menawarkan produk mereka ini di Malaysia kelak.



Sumber: Gizchina.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan