Samsung
SCH-V200 merupakan phone pertama didunia yang dilengkapi kamera, phone ini
telah dipasarkan secara global bermula Jun 2000, and yes, it about 14 years
ago. Sejak daripada itu, boleh dikatakan hampir kesemua manufacture smartphone
mula mengetengahkan implimantasi kamera kedalam setiap pengeluaran phone
mereka. Hari ini, kita dapat melihat pelbagai jenama tersohor dunia seperti
HTC, Samsung, Apple, LG, Oppo, Huawei dan etc mampu menghasilkan kamera phone
berkualiti tinggi yang mampu membuatkan pengguna tidak lagi menggunakan kamera
kompak as a point to shoot camera. Namun begitu, masih terdapat berberapa
penambahbaikkan yang boleh dibuat terutama jika kita membincangkan tentang
low-light photography.
Secara
jujurnya, smartphone masih lagi tidak mampu untuk menghasilkan gambar yang
cantik dan berkualiti apabila berdepan dengan low-light condition kerana
kekangan sensor yang kecil, dan ini menyebabkan kamera DSLR masih dan tetap
memegang takhta bagi low-light photography kerana ia mempunyai sensor yang
besar. Namun ini tidak bermakna tiada smartphone yang mampu mengambil gambar
yang baik jika berdepan dengan low-light condition. Oleh itu, berikut adalah
berberapa pilihan bagi the best smartphone yang mampu sedikit sebanyak
menyelesaikan masalah anda apabila berdepan dengan low-light condition terutama
diwaktu malam apabila ketiadaan dan kekurangan cahaya.
Asus
Zenfone 5 & Asus Zenfone 6
Kedua-dua
smartphone ini boleh dikategorikan sebagai smartphone kelas pertengahan “mampu
milik”, namun pihak Asus menyatakan bahawa teknologi PixelMaster yang
disertakan pada kedua-dua smartphone ini mampu mengambil gambar yang cantik
apabila berada di kawasan yang gelap/kurang cahaya. Tetapi, yes, ada tetapi,
apabila anda mengambil gambar low-light menggunakan 13 Megapixel kamera Zenfone
6, ia sebenarnya hanya akan menghasilkan gambar menggunakan 3 Megapixel sahaja
dan jika anda menggunakan 8 Megapixel kamera Zenfone 5, ia sebenarnya hanya
akan menghasilkan gambar menggunakan 2 Megapixel sahaja. Walaupun kedua-dua
smartphone ini menggunakan Megapixel yang rendah untuk low-light photography,
gambar yang terhasil tetap akan memuaskan hati anda, usah risau ya.
iPhone
6 Plus
Why
not iPhone 5s or iPhone 6? Jawapan mudah, ia dilengkapi sensor yang lebih baik,
plus, ia memiliki Optical Image Stabalization. Sambung story, smartphone
terbaru keluaran Apple ini memiliki kamera utama 8 Megapixel dengan sensor 1/3”
dan Optical Image Stabalization. Seriously and honestly, dengan sensor sebesar
itu, ia pasti mampu menghasilkan gambar-gambar low-light dengan kualiti
terbaik.
Ia
mula dikenali sebagai Nokia Lumia Icon di USA sejak Febuari 2014 dan kemudian
mula dipasarkan ke seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai Nokia Lumia 930. But
why? Kenapa Lumia 930? Kenapa bukan Lumia yang lain? Well, jika kita
membincangkan tentang low-light photography, sensor yang ada pada Lumia 930
adalah lebih baik berbanding sensor yang ada pada kebanyakkan Lumia yang lain
(kecuali Lumia 1020). Kamera pada Lumia 930 dilengkapi dengan 20 Megapixel PureView
dengan sensor 1/2.5” dan Optical Image Stabalization. Tidak banyak phone
diluar sana yang mempunyai spesifikasi kamera seperti ini.
Nokia Lumia 1020
Walaupun ia sudah boleh dikategorikan sebagai “Tua” jika
dibandingkan dengan Nokia Lumia 930, kamera yang ada pada Nokia Lumia 1020 masih mendahului hampir kesemua
kamera smartphone diluar sana thanks kepada 41 Megapixel PureView dengan
sensor 1/1.5” dan Optical Image Stabalization. Sukar untuk anda mendapatkan
kamera smartphone yang mampu menandingi kualiti low-light image yang mampu
dihasilkan oleh Lumia 1020 ini.
Sony
Xperia Z3 dan Z3 Compact
Smartphone
terbaru daripada pihak Sony ini masih mengekalkan kamera utama 20 Megapixel
dengan sensor 1/2.3” dan system G Lens baru. Ia tidak memiliki Optical Image
Stabalization, namun pihak Sony berupaya untuk meningkat kelajuan ISO sehingga
12800. Peningkatan ini mampu membenarkan anda mengambil gambar yang mana
kebanyakkan smartphone tidak mampu melaksanakannya dengan baik – Low Light
Condition.
HTC
One M8
HTC
One M8 didatangkan dengan kamera 4 Ultrapixel dengan sensor 1/3” CMOS. Jika
ingin dibandingkan dengan competitor lain yang menggunakan pixel yang lebih besar/kualiti
yang lebih baik, yes, HTC M8 ternyata kalah. Namun jika kita bercerita tentang
low-light photography, kamera utama yang ada pada HTC One M8 ini mampu
menghasilkan gambar yang bagus semasa ketiadaan/kekurangan cahaya.
Smartphone keluaran Samsung ini boleh dikategorikan sebagai Hybrid
(Smartphone + Kamera Kompak) kerana ia memiliki rangka yang sangat besar,
ketebalan 16.6mm dan berat 200 gram. Samsung Galaxy K Zoom dilengkapi dengan
20.7 Megapixel kamera dengan sensor 1/2.3”, Xenon Flash, Optical Image
Stabalization dan 10x Optical Zoom. Ia mampu menangkap gambar yang baik apabila
berdepan dengan kawasan gelap dan kurang cahaya, walaupun masih boleh kelihatan
Noise pada gambar, ia tetap decent enough dan boleh diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan