Isnin, 1 September 2014

Sejarah : Samsung SCH-V200

Telefon bimbit berkamera pertama didunia

Pada hari ini, adalah menjadi satu kewajipan bagi pengeluar smartphone untuk menyertakan fungsi kamera kepada setiap keluaran produk baru mereka. Antara smartphone yang popular dengan kelebihan kamera yang cantik adalah seperti Nokia Lumia 1020, Lumia 930, Lumia 1520, Samsung S5, Oppo Find 7, HTC One M8, Sony Xperia Z2 dan banyak lagi. Setiap tahun pengeluar smartphone terkemuka dunia akan melaburkan jutaan ringgit kepada bahagian Research & Development bagi menghasilkan kamera yang terbaik untuk smartphone mereka. Hari ini, mari kita akan mengimbas kembali sejarah penghasilan telefon bimbit PERTAMA yang menyertakan fungsi built-in kamera pada terlefon bimbit tersebut.


Telefon bimbit pertama yang mempunyai built-in kamera telah dihasilkan oleh Samsung iaitu model SCH-V200 dan ianya telah dipasarkan di South Korea pada Jun 2000. Dilengkapi dengan 1.5 inch TFT-LCD Display, dan built-in digital kamera, ianya hanya mampu mengambil sejumlah 20 keping gambar pada resolusi 350,000 pixel, iaitu bersamaan dengan 0.35 megapixel. Namun untuk melihat gambar yang diambil, pengguna harus menyambungkan telefon bimbit ini pada komputer (Gambar hanya boleh dilihat semula pada komputer), ini kerana SCH-V200 mempunyai dua komponen berbeza iaitu kamera dan telefon yang disatukan dalam satu chasis.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan