Jumaat, 29 Ogos 2014

New Leak : Huawei Ascend Mate 7?

Sementara ramai diluar sana yang tidak sabar menanti pelancaraan Samsung Galaxy Note 4, Sony Xperia Z3, dan beberapa jam tangan pintar baru di IFA 2014, diingatkan bahawa masih ada pelbagai lagi jenama syarikat besar seperti Huawei, HTC dan LG yang juga bakal melancarkan produk-produk baru mereka. 



Pihak daripada GForGames.com baru-baru ini telah mendedahkan leak awal gambar bagi peranti Huawei Ascend Mate 7. Berdasarkan gambar ini, Huawei dilihat masih mengekalkan design screen sebesar 6.1 inch dengan resolusi 1080p. Untuk spesifikasi lain pula, rumours mengatakan smartphone ini akan dilengkapi dengan 1.3Ghz Kirin 920 Octa-core CPU, 2 or 3 GB RAM, 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan.


Apa macam? Boleh pergi atau tak boleh pergi? :D

Sumber : G For Games

Tiada ulasan:

Catat Ulasan