Khamis, 2 Oktober 2014

Leaks Terbaru : Motorola Nexus 6 a.k.a Shamu

Berberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan leaks berkenaan Nexus 6 yang mana akan dibangunkan oleh pihak Motorola. Namun, kebanyakkan leaks yang dihebahkan hanya lebih kepada lakaran konsep. Jadi, taraaaaaa!!! Gambar dibawah mungkin, mungkin and mungkin merupakan leaks pertama yang menunjukkan rupa sebenar bagi Motorola Nexus 6. Di dalam gambar tersebut, kita boleh melihat chasis depan bagi Nexus 6 ini.


Yes, namapun masih dikategorikan sebagai “Leaks”, so kepastian yang mana ini adalah Nexus 6 atau nama kod “Shamu” yang sebenar belum dapat disahkan. Tetapi, ia tetap kelihatan hampir sama dengan leaks yang terdahulu. Smartphone ini dilihat menggunakan software Android L (berdasarkan rupa Navigation Button) dan ia juga dilihat mempunyai speaker dibawah skrin juga, sama seperti rumors yang terdahulu.

Rumors menyatakan Nexus 6 akan didatangkan dengan skrin QuadHD bersaiz 5.9”, Qualcomm Snapdragon 805 SoC, dan kamera utama 13 Megapixel. Ia mungkin bakal dilancarkan sekitar pertengahan Oktober atau awal November tahun ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan