Khamis, 23 Oktober 2014

Rest In Peace Nokia

Selamat tinggal Nokia...

Microsoft nampaknya telah mengambil alih sepenuhnya Nokia. Ini bermakna, tiada lagi smartphone dibawah jenama Nokia yang akan dikeluarkan. So, adakah ini bermakna tamat sudah lineup Lumia? Tidak, rangkaian Lumia tetap wujud, mulai daripada saat ini, ia akan dipanggil sebagai Microsoft Lumia. Tak sedap bunyinya? Well get used to it laa yaa.


Ini adalah tindakkan drastik Microsoft bagi membuat penjenamaan semula rangkaian produk dan laman sosial mereka. Berita ini agak menyedihkan kerana jenama Nokia adalah antara jenama yang berpengaruh diduinia dan kini ianya tiada lagi. 

Smartphone yang bakal menikmati update terbaru Android 5.0 Lolipop

Android 5.0 Lolipop telahpun diperkenalkan secara rasminya, maka bakal bermulalah post di group Facebook mahupun di dalam forum-forum tech bertanya “So, bilakah smartphone saya ini akan mula dapat update Lolipop ni, or langsung takkan dapat update?”.

Jadi secara ringkasnya, disenaraikan model smartphone yang confirm akan menerima update bagi Android 5.0 Lolipop tidak lama lagi.

Nexus
  • Nexus 4
  • Nexus 5
  • Nexus 7
  • Nexus 10

HTC
  • HTC One M7
  • HTC One M8
  • HTC One Mini

Sony
  • Xperia Z
  • Xperia ZL
  • Xperia ZR
  • Xperia Tablet Z
  • Xperia Z1
  • Xperia Z1s
  • Xperia Z Ultra
  • Xperia Z1 Compact
  • Xperia Z2
  • Xperia Z2 Tablet
  • Xperia Z3
  • Xperia Z3 Compact
  • Xperia Z3 Tablet Compact

Motorola
  • Moto X (2013)
  • Moto G (2013)
  • Moto G 4G LTE
  • Moto E

OnePlus
  • OnePlus One

Samsung
  • Samsung Galaxy S5
  • Samsung Galaxy Note 4

Sumber : Amanz

Selasa, 21 Oktober 2014

Xiaomi MiBand : SmartBand mampu milik

Xiaomi MiBand in the house bebehhh…

Jika anda adalah penggemar info-info terbaru dunia smartphone, anda pasti sudah biasa mendengar nama Xiaomi yang mana terkenal dengan penghasillan produk-produk teknologi yang dijual pada harga yang murah, betul tak? Baru-baru ini pihak Xiaomi dilihat telah menghasilkan produk smartband baru mereka iaitu Xiaomi MiBand.

Apakah itu MiBand? Secara asasnya, Xiaomi MiBand ialah gelang tangan pintar yang dilengkapi dengan tracking device. Ia mampu monitor tahap kecergasan anda dan melihat pattern tidur anda. Dengan menggunakan teknologi Bluetooth dan Accelerometer yang jimat tenaga, MiBand mampu bertahan selama 30 hari dengan sekali cas sahaja, and yes, this is awesome memandangkan kebanyakkan tracking device yang ada diluar sana hanya mampu bertahan selama 4 hingga 7 hari sahaja. Ohh ya, jika anda bukan pengguna smartphone Xiaomi, anda tetap boleh menggunakan MiBand ini dengan memuat turun apk file bagi MiBand, dengan syarat, smartphone anda harus menggunakan versi android 4.4 kitkat dan ke atas.

In terms of design, pihak Xiaomi mengenakan rekaan yang minimalis, oleh itu ia dilihat amat sesuai digunakan oleh orang ramai tidak kira lelaki atau perempuan mahupun muda atau yang sudah berumur. Ia juga dilengkapi dengan IP67 certified, ini bermakna, MiBand ini memiliki feature kalis air.


Khamis, 16 Oktober 2014

Tutorial Android : Mengaktifkan Portable Wifi Hotspot

Anda mempunyai device Android lebih daripada satu? Tak larat dah nak langgan pelan data internet untuk setiap device Android anda? Disini sini, saya memberikan sedikit tutorial ringkas bagaimana untuk mengaktifkan Portable Wifi Hotspot pada device Android anda.

Dengan mengaktifkan Portable Wifi Hotspot ini, anda tidak lagi perlu melanggan sehingga 2, 3 mahupun 4 pelan internet untuk device Android anda. Anda hanya memerlukan satu pelan data internet sahaja, dan apabila sudah diaktifkan Portable Wifi Hotspot ini, anda boleh berkongsi internet tersebut dengan device anda yang lain, or device rakan-rakan, or device jiran-jiran (jika bermurah hati).




Pengumuman Rasmi bagi Android Lolipop 5.0, Nexus 6, Nexus 9 dan Nexus Player

Hari ini adalah hari yang menggembirakan bagi penggemar Pure Android Experience , pihak Google secara official melalui blognya telah mengumumkan Android Lolipop 5.0, ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi dan teka-teki berkenaan nama official bagi Android Preview L. Dengan update terbaru Android Lolipop 5.0 ini, kita bakal melihat implimantasi penuh Material Design yang telah diperkenalkan pada Google I/O yang lepas. Dalam masa yang sama juga, pihak Google dilihat turut meperkenalkan tiga jenis produk baru iaitu Nexus 6,Nexus 9 dan Nexus Player.


Sama seperti ura-ura sebelum ini, pihak Motorola telah dilantik sebagai rakan kongsi bagi menjayakan Nexus 6. Smartphone terbaru ini (or lebih sesuai digelar sebagai phablet?) akan didatangkan dengan skrin berukuran 5.96”inch QHD, kamera utama 13 Megapixel, kamera hadapan 2 Megapixel, chipset Snapdragon 805 daripada Qualcomm, frame aluminium, dan dual front facing stereo speaker. Ia juga turut dilengkapi dengan teknologi Turbo Charger dimana anda mampu menggunakan phone selama 6 jam hasil daripada pengecasan selama 15 minit sahaja.

Pihak Google telah bekerjasama dengan pihak HTC bagi menjayakan produk kategori tablet baru keluaran mereka iaitu Nexus 9. Ia didatangkan dengan skrin berukuran 8.9”inch ,chipset 64-bit NVIDIA Tegra K1, kamera utama 8 Megapixel dan kapasiti bateri 6700 mAh. Pihak Google turut meyertakan accessories baru khas untuk kegunaan Nexus 9 iaitu Keyboard Magnetic yang mana mampu berfungsi seakan-akan sebuah computer riba (Laptop).

Last but not least, pihak Google kali ini turut meperkenalkan Android TV pertama mereka iaitu Nexus Player hasil kerjasama dengan pihak Asus. Dengan adanya Nexus Player ini, anda mampu membuat streaming secara online untuk menonton movie, mendengar lagu, menonton video ataupun memainkan permainan Android (maanyaak syok).

Menurut pihak Google, Nexus 9 dan Nexus player akan mula dibuka untuk pre-order pada 17 Oktober ini dan akan mula dijual pada 3 November ini. Nexus 6 pula akan dibuka untuk pre-order pada penghujung Oktober dan bakal dijual pada November ini. Jika anda sudah memiliki Nexus 4, 5, 7, 10 dan smartphone edisi Google Play, berita baik untuk anda kerana update Android Lolipop 5.0 akan sedia dimuat turun dalam berberapa minggu lagi.


Sumber: Google



Rabu, 15 Oktober 2014

Rumors: Perlancaran Android L, Nexus 6 dan Nexus 9 pada minggu ini?

Tiba-tiba terasa seperti pihak Google semakin hampir untuk memperkenalkan Nexus 6, Nexus 9 dan public release bagi Android L dalam masa terdekat ini. Banyak ura-ura yang menyatakan bahawa pihak Google bakal melancarkan kesemua produk mereka pada minggu ini. Walaupun masih tiada confirmation berkenaan tarikh perlancaran, pihak Google dilihat sudah mula memuat naik video di Youtube yang memperlihatkan (kemungkinan) kelibat Google Nexus 6 yang menggunakan system operasi Android L. Adakah ini benar, atau sekadar kebetulan? 


Sabtu, 11 Oktober 2014

Meizu MX4 bakal dipasarkan di Malaysia

Nampaknya pihak Meizu berminat untuk meluaskan kawasan taklukannya di Malaysia. Meizu MX4 adalah flagship device terbaru daripada Meizu yang dilihat akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai penghujung bulan ini. Harga saranan penjualan ialah RM 1,048.


Dengan harga ini, anda mampu memiliki smartphone yang dijanakan dengan chipset generasi baru Mediatek MT6595 dengan skrin Sharp bersaiz 5.3”1152x1920 IPS (Agak pelik resolusinya), kamera 20.7 Megapixel Sony Exmor RS, dan Flyme 4.0 OS on top of Android 4.4.4. Meizu MX4 boleh didapati dengan dua variasi memori dalaman iaitu 16GB dan 32GB.


Khamis, 9 Oktober 2014

Top 5 : Smartphone dengan kepadatan pixel tertinggi

Berberapa tahun yang lepas, menerima ketajaman pixel melebihi 500ppi pada smartphone dilihat amat mustahil untuk dicapai. Namun, hari ini, kita dapat melihat pelbagai syarikat gergasi teknologi dunia sudah mula mengimplimantasikan teknologi ini kepada setiap smartphone keluaran mereka. Bermula dengan syarikat teknologi daripada China iaitu Vivo dan Oppo, hinggalah ke syarikat teknologi ternama dunia seperti Samsung dan LG, kita dapat lihat trend smartphone dengan skrin Quad HD (1440x2560 pixel) bakal menjadi sesuatu yang mainstream tidak lama lagi.

So, apakah itu ketajaman pixel? Basically, kebanyakkan smartphone harus mempunyai paparan skrin, dan setiap paparan skrin ini memerlukan pixel. Setiap image yang kita lihat pada smartphone adalah dijana dengan pencahayaan pixel. Oleh itu, lebih tinggi nilai dan kepadatan pixel pada paparan skrin, lebih tajam dan vivid setiap image yang dapat kita lihat. And Yes, lebih tinggi nilai pixel, lebih banyak penggunaan tenaga/bateri. Ini berlaku kerana lebih banyak pixel yang perlu dinyalakan.

Persoalannya sekarang, apakah jenis smartphone yang sudah mula menyokong teknologi skrin QuadHD ini? Jadi, tanpa membuang masa berikut disenaraikan Top 5 jenis smartphone yang mempunyai skrin QuadHD terbaik.

Samsung Galaxy S5 LTE-A

Smartphone ini telah dilancarkan tidak lama selepas Samsung Galaxy S5 mula dijual di pasaran tempatan. S5 LTE-A ini merupakan smartphone yang mempunyai spesifikasi yang paling tinggi buat masa ini. S5 LTE-A dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.1”inch Super AMOLED dengan nilai pixel 1440x2560, ini bermakna smartphone ini memiliki kepadatan pixel sebanyak 577ppi. WOW!!! Tidak cukup dengan itu, S5 LTE-A ini diperkasakan dengan chipset 2.5Ghz Quadcore Snapdragon 805, GPU Adreno 420, 3GB RAM (LPDDR3) dan kalis air IP67 certified. Spesifikasi lain bagi smartphone ini adalah sama seperti Samsung Galaxy S5 iaitu kamera 16 Megapixel ISOCELL, sensor cap jari, heartbeat monitor dan bateri sebesar 2,800 mAh.


Selasa, 7 Oktober 2014

LG G Watch R bakal dilancarkan kelak

Menurut ETNews dan ZDNet Korea, LG merancang untuk melancarkan LG G Watch R mereka di Korea Selatan pada 14 Oktober ini. Ia dikatakan akan dijual pada harga KRW 352,000 (RM 1,080). Harga saranan bagi penjualan LG G Watch R ini dikatakan terlampau mahal jika dibandingkan dengan harga jualan predecessor smart watch tersebut iaitu LG G Watch yang mula dijual sekitar harga KRW 270,000 (RM 825).Laporan menyatakan bahawa pihak LG masih belum membuat keputusan berkenaan penyenaraian harga dan availability bagi negara-negara lain buat masa ini.


LG G Watch R merupakan smartwatch pertama yang meyertakan skin bulat sepenuhnya bersaiz 1.3” POLED (Plastic Organic Light-emitting Diode) 320 x 320. Ia juga turut didatangkan dengan chipset Snapdragon 400, IP67 certified dan kapasiti bateri sebesar 410 mAh yang mampu bertahan selama sehari setengah hingga dua hari (bergantung kepada penggunaan).

Lenovo SmartBand SW-B100

Teknologi bagi smartphone sudah hampir mencapai kemuncaknya, ini berikutan kebanyakkan smartphone baru yang telah dilancarkan baru-baru ini seperti Galaxy S5, Galaxy Note4, LG G3, iPhone 6 dan etc hanya mengenakan pembaharuan yang minima berbanding predecessor mereka. Oleh itu, kebanyakkan syarikat seperti Samsung, Apple, Huawei, LG dan etc telah mula mengembangkan sayap mereka dan mula memfokuskan kepada Wearable Device. Untuk tidak ketinggalan dalam arena Wearable Device ini, pihak Lenovo juga dilihat turut bercadang untuk memasarkan Wearable Device baru mereka iaitu SW-B100.



Bagi peminat tegar Lenovo yang berharap Wearable Device ini dijanakan oleh software Android Wear, well, too bad, kerana SW-B100 ini hanya merupakan SmartBand yang berfungsi sebagai pemantau fitness anda. Seperti kebanyakkan SmartBand lain, ianya harus disambungkan kepada smartphone anda via Bluetooth terlebih dahulu dan seterusnya segala data yang diperoleh akan dipaparkan pada skrin smartphone anda.

Antara spesifikasi lain SW-B100 termasuklah built-in heart rate monitor, Bluetooth, ketahanan air IP67, dan bateri yang mampu bertahan maksima 7 hari. Persoalan yang masih belum terjawab ialah samada ia benar-benar akan dipasarkan dan jika ya, bilakah tarikh perlancaran dan harga bagi sebuah.


Jumaat, 3 Oktober 2014

Mobile Game Terbaru : Assassin's Creed Identity


Assassin’s Creed (AC), bagi penggemar permainan computer, ada boleh dikategorikan sebagai “orang gua” jika tidak pernah mendengar nama bagi franchise gaming yang popular ini. AC sebelum ini mendapat sambutan hangat pada platform console dan kali ini, pihak Ubisoft telah menerbitkan Assassin’s Creed Identity bagi platform iOS dan Android dan paling penting ianya PERCUMA. Happy? Mari menari.

Siri terbaru bagi AC buat masa ini hanya boleh di muat turun menggunakan platform iOS di Australia dan New Zealand. Khabar menyatakan game ini hanya akan boleh di muat turun secara worldwide (iOS & Android) sekitar tahun hadapan.

Game ini menggunakan graphic Unity Engine  dan ia kelihatan sangat awesome yoo! Gameplay juga masih mengekalkan konsep RPG seperti yang terdapat pada platform console.





Khamis, 2 Oktober 2014

Leaks Terbaru : Motorola Nexus 6 a.k.a Shamu

Berberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan leaks berkenaan Nexus 6 yang mana akan dibangunkan oleh pihak Motorola. Namun, kebanyakkan leaks yang dihebahkan hanya lebih kepada lakaran konsep. Jadi, taraaaaaa!!! Gambar dibawah mungkin, mungkin and mungkin merupakan leaks pertama yang menunjukkan rupa sebenar bagi Motorola Nexus 6. Di dalam gambar tersebut, kita boleh melihat chasis depan bagi Nexus 6 ini.


Yes, namapun masih dikategorikan sebagai “Leaks”, so kepastian yang mana ini adalah Nexus 6 atau nama kod “Shamu” yang sebenar belum dapat disahkan. Tetapi, ia tetap kelihatan hampir sama dengan leaks yang terdahulu. Smartphone ini dilihat menggunakan software Android L (berdasarkan rupa Navigation Button) dan ia juga dilihat mempunyai speaker dibawah skrin juga, sama seperti rumors yang terdahulu.

Rumors menyatakan Nexus 6 akan didatangkan dengan skrin QuadHD bersaiz 5.9”, Qualcomm Snapdragon 805 SoC, dan kamera utama 13 Megapixel. Ia mungkin bakal dilancarkan sekitar pertengahan Oktober atau awal November tahun ini.