Berberapa tahun
yang lepas, menerima ketajaman pixel melebihi 500ppi pada smartphone dilihat
amat mustahil untuk dicapai. Namun, hari ini, kita dapat melihat pelbagai
syarikat gergasi teknologi dunia sudah mula mengimplimantasikan teknologi ini
kepada setiap smartphone keluaran mereka. Bermula dengan syarikat teknologi
daripada China iaitu Vivo dan Oppo, hinggalah ke syarikat teknologi ternama
dunia seperti Samsung dan LG, kita dapat lihat trend smartphone dengan skrin
Quad HD (1440x2560 pixel) bakal menjadi sesuatu yang mainstream tidak lama
lagi.
So, apakah itu
ketajaman pixel? Basically, kebanyakkan smartphone harus mempunyai paparan
skrin, dan setiap paparan skrin ini memerlukan pixel. Setiap image yang kita
lihat pada smartphone adalah dijana dengan pencahayaan pixel. Oleh itu, lebih
tinggi nilai dan kepadatan pixel pada paparan skrin, lebih tajam dan vivid setiap image yang
dapat kita lihat. And Yes, lebih tinggi nilai pixel, lebih banyak penggunaan
tenaga/bateri. Ini berlaku kerana lebih banyak pixel yang perlu dinyalakan.
Persoalannya
sekarang, apakah jenis smartphone yang sudah mula menyokong teknologi skrin
QuadHD ini? Jadi, tanpa membuang masa berikut disenaraikan Top 5 jenis
smartphone yang mempunyai skrin QuadHD terbaik.
Samsung Galaxy
S5 LTE-A
Smartphone ini
telah dilancarkan tidak lama selepas Samsung Galaxy S5 mula dijual di pasaran
tempatan. S5 LTE-A ini merupakan smartphone yang mempunyai spesifikasi yang
paling tinggi buat masa ini. S5 LTE-A dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.1”inch
Super AMOLED dengan nilai pixel 1440x2560, ini bermakna smartphone ini memiliki
kepadatan pixel sebanyak 577ppi. WOW!!! Tidak cukup dengan itu, S5 LTE-A ini
diperkasakan dengan chipset 2.5Ghz Quadcore Snapdragon 805, GPU Adreno 420, 3GB
RAM (LPDDR3) dan kalis air IP67 certified. Spesifikasi lain bagi smartphone ini
adalah sama seperti Samsung Galaxy S5 iaitu kamera 16 Megapixel ISOCELL, sensor
cap jari, heartbeat monitor dan bateri sebesar 2,800 mAh.
Ia telah
dilancarkan pada bulan May 2014 dan merupakan antara smartphone terawal yang
menggunakan paparan skrin 5.5”inch QuadHD LCD 1440x2560 pixel. Ini bermakna
kepadatan pixel bagi LG G3 ini ialah 538ppi. Yes, ia tidaklah sehebat Samsung
Galaxy S5 LTE-A, tetapi dengan ketajaman dan saiz skrin sebesar ini, LG G3
dilihat sebagai antara peranti mudah alih yang sesuai digunakan bagi tujuan
menonton media. Namun begitu, ramai reviewer ternama dunia seperti The Verge,
Pocketnow, Android Autority dan etc melaporkan bahawa mereka kurang berpuas
hati dengan prestasi bateri yang ada pada phone ini.
Oppo Find 7
Syarikat gergasi
daripada China ini adalah antara syarikat baru (didalam dunia teknologi
smartphone) yang melonjak naik namanya semenjak ia memperkenalkan Oppo Find 5 pada
Disember 2012. Sejak daripada itu, Oppo dilihat sangat aggressive dalam
mengetengahkan produk-produk dan teknologi baru kepada setiap keluaran mereka.
Oppo Find 7 juga dilihat tidak ketinggalan jika kita membincangkan tentang skrin
beresolusi tinggi ini. Oppo Find 7 memiliki skrin bersaiz 5.5”inch dengan
resolusi 1440x1560 pixel bersamaan dengan 538ppi. Sama seperti LG G3,
smartphone ini juga dikatakan mengalami masalah dari segi prestasi bateri, namun
Oppo mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan teknologi Rapid Charging,
iaitu mengecas semula bateri dengan kelajuan 4 kali ganda lebih laju berbanding
charging biasa.
Samsung Galaxy
Note 4
Dengan saiz
skrin sebesar 5.7” dan resolusi QuadHD, Samsung Galaxy Note 4 berada ditangga
ke empat bagi smartphone yang memiliki kepadatan pixel tertinggi iaitu sebanyak
515ppi. Menggunakan teknologi Super AMOLED, skrin pada Note 4 ini dilihat
memiliki ketajaman warna yang dikatakan hampir tepat dan sempurna. Dilancarkan
baru-baru ini pada IFA Berlin 2014, Samsung Galaxy Note 4 dilihat telah didatangkan
dengan cim pemprosesan Snapdragon 805 (bergantung kepada region), S Pen Stylus
baru, dan kamera 16 Megapixel dengan Optical Image Stabalization (OIS).
Vivo Xplay 3s
Vivo? Brand apa
ni? Well, Vivo Electronic Corp merupakan sebuah penggeluar elektronik yang
berpangkalan di China dan Vivo Xplay 3s ini merupakan smartphone pertama
didunia yang menggunakan teknologi skrin QuadHD. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6”inch,
Vivo Xplay 3s dilihat memiliki kepadatan pixel sebesar 490ppi. Yes, smartphone
ini tidak sepatutnya tersenarai dalam list top 5 ini kerana tidak mencapai
density skrin 500ppi keatas, namun, mengambil kira teknologi skrin yang
digunakan, ia tetap dan sentiasa akan memegang nama sebagai smartphone pertama
didunia yang menggunakan teknologi skrin QuadHD ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan