Selasa, 7 Oktober 2014

Lenovo SmartBand SW-B100

Teknologi bagi smartphone sudah hampir mencapai kemuncaknya, ini berikutan kebanyakkan smartphone baru yang telah dilancarkan baru-baru ini seperti Galaxy S5, Galaxy Note4, LG G3, iPhone 6 dan etc hanya mengenakan pembaharuan yang minima berbanding predecessor mereka. Oleh itu, kebanyakkan syarikat seperti Samsung, Apple, Huawei, LG dan etc telah mula mengembangkan sayap mereka dan mula memfokuskan kepada Wearable Device. Untuk tidak ketinggalan dalam arena Wearable Device ini, pihak Lenovo juga dilihat turut bercadang untuk memasarkan Wearable Device baru mereka iaitu SW-B100.



Bagi peminat tegar Lenovo yang berharap Wearable Device ini dijanakan oleh software Android Wear, well, too bad, kerana SW-B100 ini hanya merupakan SmartBand yang berfungsi sebagai pemantau fitness anda. Seperti kebanyakkan SmartBand lain, ianya harus disambungkan kepada smartphone anda via Bluetooth terlebih dahulu dan seterusnya segala data yang diperoleh akan dipaparkan pada skrin smartphone anda.

Antara spesifikasi lain SW-B100 termasuklah built-in heart rate monitor, Bluetooth, ketahanan air IP67, dan bateri yang mampu bertahan maksima 7 hari. Persoalan yang masih belum terjawab ialah samada ia benar-benar akan dipasarkan dan jika ya, bilakah tarikh perlancaran dan harga bagi sebuah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan