Menurut ETNews dan ZDNet Korea, LG merancang untuk
melancarkan LG G Watch R mereka di Korea Selatan pada 14 Oktober ini. Ia
dikatakan akan dijual pada harga KRW 352,000 (RM 1,080). Harga saranan bagi
penjualan LG G Watch R ini dikatakan terlampau mahal jika dibandingkan dengan
harga jualan predecessor smart watch tersebut iaitu LG G Watch yang mula dijual
sekitar harga KRW 270,000 (RM 825).Laporan menyatakan bahawa pihak LG masih
belum membuat keputusan berkenaan penyenaraian harga dan availability bagi negara-negara
lain buat masa ini.
LG G Watch R merupakan smartwatch pertama yang
meyertakan skin bulat sepenuhnya bersaiz 1.3” POLED (Plastic Organic
Light-emitting Diode) 320 x 320. Ia juga turut didatangkan dengan chipset
Snapdragon 400, IP67 certified dan kapasiti bateri sebesar 410 mAh yang mampu
bertahan selama sehari setengah hingga dua hari (bergantung kepada penggunaan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan