Khamis, 16 Oktober 2014

Pengumuman Rasmi bagi Android Lolipop 5.0, Nexus 6, Nexus 9 dan Nexus Player

Hari ini adalah hari yang menggembirakan bagi penggemar Pure Android Experience , pihak Google secara official melalui blognya telah mengumumkan Android Lolipop 5.0, ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi dan teka-teki berkenaan nama official bagi Android Preview L. Dengan update terbaru Android Lolipop 5.0 ini, kita bakal melihat implimantasi penuh Material Design yang telah diperkenalkan pada Google I/O yang lepas. Dalam masa yang sama juga, pihak Google dilihat turut meperkenalkan tiga jenis produk baru iaitu Nexus 6,Nexus 9 dan Nexus Player.


Sama seperti ura-ura sebelum ini, pihak Motorola telah dilantik sebagai rakan kongsi bagi menjayakan Nexus 6. Smartphone terbaru ini (or lebih sesuai digelar sebagai phablet?) akan didatangkan dengan skrin berukuran 5.96”inch QHD, kamera utama 13 Megapixel, kamera hadapan 2 Megapixel, chipset Snapdragon 805 daripada Qualcomm, frame aluminium, dan dual front facing stereo speaker. Ia juga turut dilengkapi dengan teknologi Turbo Charger dimana anda mampu menggunakan phone selama 6 jam hasil daripada pengecasan selama 15 minit sahaja.

Pihak Google telah bekerjasama dengan pihak HTC bagi menjayakan produk kategori tablet baru keluaran mereka iaitu Nexus 9. Ia didatangkan dengan skrin berukuran 8.9”inch ,chipset 64-bit NVIDIA Tegra K1, kamera utama 8 Megapixel dan kapasiti bateri 6700 mAh. Pihak Google turut meyertakan accessories baru khas untuk kegunaan Nexus 9 iaitu Keyboard Magnetic yang mana mampu berfungsi seakan-akan sebuah computer riba (Laptop).

Last but not least, pihak Google kali ini turut meperkenalkan Android TV pertama mereka iaitu Nexus Player hasil kerjasama dengan pihak Asus. Dengan adanya Nexus Player ini, anda mampu membuat streaming secara online untuk menonton movie, mendengar lagu, menonton video ataupun memainkan permainan Android (maanyaak syok).

Menurut pihak Google, Nexus 9 dan Nexus player akan mula dibuka untuk pre-order pada 17 Oktober ini dan akan mula dijual pada 3 November ini. Nexus 6 pula akan dibuka untuk pre-order pada penghujung Oktober dan bakal dijual pada November ini. Jika anda sudah memiliki Nexus 4, 5, 7, 10 dan smartphone edisi Google Play, berita baik untuk anda kerana update Android Lolipop 5.0 akan sedia dimuat turun dalam berberapa minggu lagi.


Sumber: Google



Tiada ulasan:

Catat Ulasan