Selasa, 21 Oktober 2014

Xiaomi MiBand : SmartBand mampu milik

Xiaomi MiBand in the house bebehhh…

Jika anda adalah penggemar info-info terbaru dunia smartphone, anda pasti sudah biasa mendengar nama Xiaomi yang mana terkenal dengan penghasillan produk-produk teknologi yang dijual pada harga yang murah, betul tak? Baru-baru ini pihak Xiaomi dilihat telah menghasilkan produk smartband baru mereka iaitu Xiaomi MiBand.

Apakah itu MiBand? Secara asasnya, Xiaomi MiBand ialah gelang tangan pintar yang dilengkapi dengan tracking device. Ia mampu monitor tahap kecergasan anda dan melihat pattern tidur anda. Dengan menggunakan teknologi Bluetooth dan Accelerometer yang jimat tenaga, MiBand mampu bertahan selama 30 hari dengan sekali cas sahaja, and yes, this is awesome memandangkan kebanyakkan tracking device yang ada diluar sana hanya mampu bertahan selama 4 hingga 7 hari sahaja. Ohh ya, jika anda bukan pengguna smartphone Xiaomi, anda tetap boleh menggunakan MiBand ini dengan memuat turun apk file bagi MiBand, dengan syarat, smartphone anda harus menggunakan versi android 4.4 kitkat dan ke atas.

In terms of design, pihak Xiaomi mengenakan rekaan yang minimalis, oleh itu ia dilihat amat sesuai digunakan oleh orang ramai tidak kira lelaki atau perempuan mahupun muda atau yang sudah berumur. Ia juga dilengkapi dengan IP67 certified, ini bermakna, MiBand ini memiliki feature kalis air.


Feature tambahan, jika anda adalah pemilik smartphone Xiaomi yang menggunakan android 4.4 ke atas, smartphone anda akan membenarkan phone di unlock tanpa password apabila ia connect dengan MiBand pada jarak dekat. Ini adalah diantara feature yang bakal digunakan pada Android Lolipop nanti, ini bermakna, pihak Xiaomi telah terlebih dahulu menggunakan feature ini, kudos Xiaomi. Feature lain, anda juga boleh mengaktifkan mode vibrate (for incoming call dan alarm clock sahaja) pada MiBand. Buat masa ini, ia masih belum support untuk vibrate for notification, namun maybe in future akan terdapat pembaharuan penambahan option pada aplikasi MiBand.



Review penuh bagi MiBand akan dibuat dalam berberapa minggu lagi kerana saya harus mencuba dan menganalisa terlebih dahulu kemampuan sebenar Xiaomi MiBand ini

Memandangkan pihak Xiaomi masih belum memasarkan MiBand secara official di Malaysia, anda tetap masih boleh mendapatkannya melalui trusted seller diluar sana. Saya telah berjaya mendapatkan MiBand ini dengan harga RM 88.00, yes, ia agak mahal jika dibandingkan dengan harga official iaitu RM 50.00, namun jika anda memerlukan MiBand ini dengan kadar segera, RM 88.00 masih boleh diconsider sebagai murah. Tidak percaya? Cuba anda bandingkan harga RM 88.00 ini dengan harga smartband yang lain seperti FitBit Force, FitBit Flex, Razer Nabu, Nike FuelBand dan etc. Anda pasti akan terkejut.

Jika anda berminat untuk memiliki Xiaomi MiBand atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk, anda boleh menghubungi tursted seller seperti berikut:



Mr. Koh Cheng Siang : 012-09894084

Send my regard to him :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan