Sabtu, 11 Oktober 2014

Meizu MX4 bakal dipasarkan di Malaysia

Nampaknya pihak Meizu berminat untuk meluaskan kawasan taklukannya di Malaysia. Meizu MX4 adalah flagship device terbaru daripada Meizu yang dilihat akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai penghujung bulan ini. Harga saranan penjualan ialah RM 1,048.


Dengan harga ini, anda mampu memiliki smartphone yang dijanakan dengan chipset generasi baru Mediatek MT6595 dengan skrin Sharp bersaiz 5.3”1152x1920 IPS (Agak pelik resolusinya), kamera 20.7 Megapixel Sony Exmor RS, dan Flyme 4.0 OS on top of Android 4.4.4. Meizu MX4 boleh didapati dengan dua variasi memori dalaman iaitu 16GB dan 32GB.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan