Memiliki rekabentuk seakan hampir sama
dengan Samsung Galaxy S5 dengan penambahan pembaharuan metal frame body, glass dihadapan,
dan panel plastic belakang, device ini dilihat amat berbeza berbanding line up
Samsung Galaxy yang lain (Plastic Built). Leak photo ini menunjukkan info terbaru berkenaan
Samsung Galaxy Alpha yang dijangka akan dilancarkan oleh pihak Samsung tidak
lama lagi.
Gambar ini memperlihatkan result
Antutu Benchmark V4 yang menunjukkan hasil score yang sangat mengagumkan lantas
ramai tech reviewer bersetuju bahawa Samsung Galaxy Alpha akan hadir dengan
chip pemprosesan yang terbaru dipasaran.
Pihak daripada GSMARENA
mengatakan bahawa Samsung Galaxy Alpha ini mungkin akan disertakan chip
pemprosesan 1.8Ghz Octacore Exynos 5 Octa, GPU Mali-T628, dan RAM sebesar 2GB.
Ia juga akan hadir dengan paparan skrin HD 720p sebesar 4.7 inch, 12 Megapixel
kamera utama, 2.1 Megapixel kamera hadapan, LTE 4G support, Android 4.4 Kitkat
dan kapasiti bateri sebesar 1,850 mah.
And finally, yes, jika pandang
daripada sisi, memang Samsung Galaxy Alpha kelihatan mirip Apple iPhone 5/5s. (Musim
saman menyaman bakal kembali lagi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan