Nokia Lumia 530 kali ini hadir ke
pasaran Malaysia dengan mengekalkan saiz screen 4.0 inch TFT display seperti
yang terdapat pada ‘Abangnya’ sebelum ini iaitu Nokia Lumia 520/525 dengan
resolusi sebesar 480 X 854 pixel - ketajaman pixel 245 PPI. Bagi rekabentuk
luaran pula, Nokia Lumia 530 memperlihatkan design yang hampir sama dengan
Nokia Lumia 520/525 namun mempunyai rounded edges pada setiap bucu phone.
Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada Nokia Lumia 530 kini ialah ianya tidak
lagi menggunakan capacitive button yang kini diubah menggunakan on screen
button. Antara spesifikasi lain Nokia Lumia 530 ialah:
- Software: Windows Phone 8.1
- Berat: 129g
- Tebal: 0.46 inch
- Memori Dalaman: 4GB micro SD up to 128GB
- RAM: 512mb
- Chipset: Quadcore 1.2Ghz Qualcomm Snapdragon 200
- GPU: Andreno 302
- Bateri: 1430 mah
- Kamera: 5 Megapixel
Dengan harga saranan
sebanyak RM355, Nokia Lumia 530 akan menjadi antara Nokia Lumia termurah yang
pernah dibangunkan. Ianya boleh didapati di pasaran Malaysia mulai 16 Ogos ini.
Bagi anda yang ingin bertukar angin untuk merasai
pengalaman menggunakan Windows Phone 8.1, Nokia Lumia 530 bakal menjadi
platform terbaik untuk anda berdasarkan harga dan spesifikasi yang ditawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan