Selasa, 12 Ogos 2014

Tips: Kehilangan Smartphone? (Android Device Manager)

Adakah smartphone anda sering hilang daripada pandangan mata anda? Puas mencari dalam satu rumah tapi tak pernah jumpa?

Haa, kini dengan mendownload aplikasi Android Device Manager di Android Playstore, mungkin kesusahan mencari smartphone yang hilang didalam kawasan rumah boleh diminimakan.


Secara Amnya, terdapat empat fungsi utama Android Device Manager, iaitu:



  • Mengenal pasti kedudukan smartphone anda didalam Google Maps.
  • Kebolehan mengaktifkan deringan pada smartphone yang berdaftar menggunakan Google Account anda.
  • Kebolehan mengunci smartphone yang berdaftar menggunakan Google Account anda agar jika berlaku kecurian, pencuri tidak mampu mengakses segala data didalam smartphone anda.
  • Kebolehan memadam segala maklumat dan data didalam smartphone, namun, smartphone ini juga harus berdaftar menggunakan Google Account anda terlebih dahulu.

So, bagaimana anda mahu mengenalpasti dimana kedudukan smartphone anda yang hilang didalam rumah? Pertama, anda perlulah mempunyai sebuah smartphone Android lain sebagai device yang berfungsi untuk mencari, seterusnya anda perlu mendownload aplikasi Android Device Manager ini di Playstore. Kemudian anda boleh mula mengakses aplikasi ini, masukkan Google Account anda (pastikan Google Account yang dimasukkan adalah Google Account yang sama digunakan pada smartphone anda yang hilang), dan akhir sekali masukkan Password anda.

Setelah anda masuk ke ruang menu, anda akan dapat melihat Peta Google, option Jenis Device yang anda gunakan, option Ring, option Lock, dan option Erase.

  • Option Ring digunakan bagi mengenal pasti kedudukan smartphone anda dengan mengaktifkan deringan pada smartphone yang hilang tersebut.
  • Option Lock akan mengakibatkan smartphone anda yang hilang dikunci. 
  • Option Erase akan mengakibatkan smartphone anda di factory reset.

Namun, antara kelemahan utama applikasi ini ialah smartphone yang hilang haruslah mempunyai akses internet untuk beroperasi. Oleh itu, ia dilihat hanya praktikal untuk penggunaan didalam kawasan rumah sahaja.

Kesimpulannya, next time, if you lost your smartphone inside the house, silalah download applikasi ini.

(Tips lain: Anda juga boleh track dimana suami/isteri anda berada jika anda tahu password Google Account beliau, selamat mencuba. Hehehe)




Download Link : Android Device Manager

Tiada ulasan:

Catat Ulasan