Selasa, 12 Ogos 2014

Tips: Tempered Glass

Sekarang sudah menjadi satu trend dimana kebanyakkan penjual aksesori smartphone menjual tempered glass. Tempered Glass ini berfungsi sebagai screen protector kepada smartphone anda, namun ianya mempunyai permukaan yang lebih tebal berbanding screen protector biasa. Tujuannya adalah bagi menambah lagi kekuatan screen sedia ada agar lebih kuat dan sukar untuk pecah/crack jika smartphone anda terjatuh di atas permukaan yang kasar.

Tips pembelian Tempered Glass, carilah tempered glass yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Saranan saya carilah ketebalan didalam lingkungan 0.2 mm. Ini kerana jika terlalu nipis, ia hanya akan berfungsi sebagai screen protector biasa dan jika terlalu tebal (0.3mm keatas), ia akan mudah pecah walaupun dengan impak yang minima. (Lebih tebal Tempered Glass, Glass akan lebih keras. Lebih keras Glass, maka flexibility glass semakin kurang, maka ia mudah pecah)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan