Rabu, 13 Ogos 2014

Smartphone Terbaru: Xiaomi Redmi 1S 4G

Baru-baru ini Xiaomi telah melancarkan versi 4G LTE bagi phablet Redmi Note mereka, dan kini Xiaomi sedang membuat persediaan bagi melancarkan variasi 4G LTE bagi smartphone Redmi 1S mereka. Redmi 1S 4G boleh didapat mulai 16 Ogos ini.


Antara perbezaan ketara antara Redmi 1S 3G dan Redmi 1S 4G adalah dari segi penggunaan chipset. Ini kerana Redmi 1S 4G akan didatangkan dengan chipset daripada MediaTek MT6582, satu slot simcard (buka dual simcard slot) dan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 2200 mah.


Spesifikasi lain dilihat adalah sama seperti yang terdapat pada Redmi 1S 3G iaitu 1GB Ram, kamera 8 Megapixel dengan LED flash, 1.6 Megapixel kamera hadapan, 4.7 inch 720p touchscreen, dan 8GB memori dalaman. Apabila mula dijual nanti, Redmi 1S 4G akan menggunakan software android MIUI V5 4.4 Kitkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan