Sabtu, 1 November 2014

Oppo R5 : Smartphone ternipis didunia (buat masa ini)

Nampaknya, semakin hari, semakin banyak syarikat pengeluar smartphone berlumba-lumba untuk menghasilkan smartphone ternipis di dunia. Sebelum ini kita pernah melihat pelbagai smartphone yang pernah dinobatkan sebagai smartphone ternipis didunia iaitu antaranya ialah Motorola Droid Razr (7.1mm), Huawei Ascend  P1 (6.68mm), Vivo X1 (6.2mm) dan Huawei Ascend P6 (6.18mm).  Kali ini, pihak Oppo ingin memegang takhta tersebut dengan memperkenalkan Oppo R5, dengan ketebelan hanya 4.85mm, ia merupakan smartphone ternipis yang pernah dibina. Ianya terlampau nipis sehinggakan ia tidak mempunyai ruang untuk meletakkan 3.5mm audio jack.

Bercakap berkenaan spesifikasi pula, Oppo R5 dilengkapi dengan skrin 5.2-inch AMOLED FullHD dengan kepadatan pixel 423ppi. Ia juga dilengkapi dengan chipset 1.5GHz Octacore 64-bit Snapdragon 615 SoC, GPU Andreno 405, 2GB RAM, kamera hadapan 5 Megapixel, kamera utama 13 Megapixel dengan sensor f/2.0 Sony IMX214. Antara feature menarik pada kamera Oppo R5 ini ialah kebolehan untuk memfokus dengan lebih pantas dan kemampuan menangkap gambar bersaiz 50 Megapixel.

Namun, apa yang menyedihkan (pendapat peribadi) ialah kapasiti bateri yang terlalu kecil iaitu hanya 2,000 mAh, ini kerana dengan rekaan senipis ini, tiada banyak ruang yang boleh digunakan bagi memasukkan saiz bateri yang lebih besar. Namun tidak perlu risau (kata Oppo) kerana Oppo R5 ini dilengkapi dengan fast charging, anda boleh mengecas phone ini dari 0% - 75% dalam masa hanya 30 minit sahaja.


Microsoft Band : Smartband terbaru daripada Microsoft

Tahun ini dilihat banyak syarikat telekomunikasi berlumba-lumba memperkenalkan wearable device mereka (Samsung, Apple, LG, Motorola, Pebble, Asus & etc)  dan pihak Microsoft juga dilihat turut tidak mahu terkecuali. Pihak Microsoft telah membuat kejutan dengan memperkenalkan Fitness Band terbaru mereka pada Khamis yang lepas.

Device terbaru daripada Microsoft ini dilengkapi dengan 10 sensor untuk mengukur kadar denyutan jantung, stress level, ultraviolet index, dan banyak lagi. Ia juga mampu bertahan selama 48 jam bagi sekali cas. Pernah dengar berkenaan sistem bantu suara Cortana? Yes, smartband terbaru daripada Microsoft ini turut dilengkapi dengan Cortana dan anda juga boleh menyemak sebarang notifikasi sekiranya smartband ini disambung terus kepada smartphone anda.




Anda boleh menggunakan smartband ini pada sebarang peranti Android, iOS, dan (sudah pasti) Windows Phone. Ini merupakan satu anjakkan baru pihak Microsoft dalam kemampuannya mencuburi industy fitness tracker, dan diharap pihak Microsoft benar-benar serius dan konsistan dalam membangunkan teknologi fitness tracker ini dimasa akan datang. 

Khamis, 23 Oktober 2014

Rest In Peace Nokia

Selamat tinggal Nokia...

Microsoft nampaknya telah mengambil alih sepenuhnya Nokia. Ini bermakna, tiada lagi smartphone dibawah jenama Nokia yang akan dikeluarkan. So, adakah ini bermakna tamat sudah lineup Lumia? Tidak, rangkaian Lumia tetap wujud, mulai daripada saat ini, ia akan dipanggil sebagai Microsoft Lumia. Tak sedap bunyinya? Well get used to it laa yaa.


Ini adalah tindakkan drastik Microsoft bagi membuat penjenamaan semula rangkaian produk dan laman sosial mereka. Berita ini agak menyedihkan kerana jenama Nokia adalah antara jenama yang berpengaruh diduinia dan kini ianya tiada lagi. 

Smartphone yang bakal menikmati update terbaru Android 5.0 Lolipop

Android 5.0 Lolipop telahpun diperkenalkan secara rasminya, maka bakal bermulalah post di group Facebook mahupun di dalam forum-forum tech bertanya “So, bilakah smartphone saya ini akan mula dapat update Lolipop ni, or langsung takkan dapat update?”.

Jadi secara ringkasnya, disenaraikan model smartphone yang confirm akan menerima update bagi Android 5.0 Lolipop tidak lama lagi.

Nexus
  • Nexus 4
  • Nexus 5
  • Nexus 7
  • Nexus 10

HTC
  • HTC One M7
  • HTC One M8
  • HTC One Mini

Sony
  • Xperia Z
  • Xperia ZL
  • Xperia ZR
  • Xperia Tablet Z
  • Xperia Z1
  • Xperia Z1s
  • Xperia Z Ultra
  • Xperia Z1 Compact
  • Xperia Z2
  • Xperia Z2 Tablet
  • Xperia Z3
  • Xperia Z3 Compact
  • Xperia Z3 Tablet Compact

Motorola
  • Moto X (2013)
  • Moto G (2013)
  • Moto G 4G LTE
  • Moto E

OnePlus
  • OnePlus One

Samsung
  • Samsung Galaxy S5
  • Samsung Galaxy Note 4

Sumber : Amanz

Selasa, 21 Oktober 2014

Xiaomi MiBand : SmartBand mampu milik

Xiaomi MiBand in the house bebehhh…

Jika anda adalah penggemar info-info terbaru dunia smartphone, anda pasti sudah biasa mendengar nama Xiaomi yang mana terkenal dengan penghasillan produk-produk teknologi yang dijual pada harga yang murah, betul tak? Baru-baru ini pihak Xiaomi dilihat telah menghasilkan produk smartband baru mereka iaitu Xiaomi MiBand.

Apakah itu MiBand? Secara asasnya, Xiaomi MiBand ialah gelang tangan pintar yang dilengkapi dengan tracking device. Ia mampu monitor tahap kecergasan anda dan melihat pattern tidur anda. Dengan menggunakan teknologi Bluetooth dan Accelerometer yang jimat tenaga, MiBand mampu bertahan selama 30 hari dengan sekali cas sahaja, and yes, this is awesome memandangkan kebanyakkan tracking device yang ada diluar sana hanya mampu bertahan selama 4 hingga 7 hari sahaja. Ohh ya, jika anda bukan pengguna smartphone Xiaomi, anda tetap boleh menggunakan MiBand ini dengan memuat turun apk file bagi MiBand, dengan syarat, smartphone anda harus menggunakan versi android 4.4 kitkat dan ke atas.

In terms of design, pihak Xiaomi mengenakan rekaan yang minimalis, oleh itu ia dilihat amat sesuai digunakan oleh orang ramai tidak kira lelaki atau perempuan mahupun muda atau yang sudah berumur. Ia juga dilengkapi dengan IP67 certified, ini bermakna, MiBand ini memiliki feature kalis air.


Khamis, 16 Oktober 2014

Tutorial Android : Mengaktifkan Portable Wifi Hotspot

Anda mempunyai device Android lebih daripada satu? Tak larat dah nak langgan pelan data internet untuk setiap device Android anda? Disini sini, saya memberikan sedikit tutorial ringkas bagaimana untuk mengaktifkan Portable Wifi Hotspot pada device Android anda.

Dengan mengaktifkan Portable Wifi Hotspot ini, anda tidak lagi perlu melanggan sehingga 2, 3 mahupun 4 pelan internet untuk device Android anda. Anda hanya memerlukan satu pelan data internet sahaja, dan apabila sudah diaktifkan Portable Wifi Hotspot ini, anda boleh berkongsi internet tersebut dengan device anda yang lain, or device rakan-rakan, or device jiran-jiran (jika bermurah hati).




Pengumuman Rasmi bagi Android Lolipop 5.0, Nexus 6, Nexus 9 dan Nexus Player

Hari ini adalah hari yang menggembirakan bagi penggemar Pure Android Experience , pihak Google secara official melalui blognya telah mengumumkan Android Lolipop 5.0, ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi dan teka-teki berkenaan nama official bagi Android Preview L. Dengan update terbaru Android Lolipop 5.0 ini, kita bakal melihat implimantasi penuh Material Design yang telah diperkenalkan pada Google I/O yang lepas. Dalam masa yang sama juga, pihak Google dilihat turut meperkenalkan tiga jenis produk baru iaitu Nexus 6,Nexus 9 dan Nexus Player.


Sama seperti ura-ura sebelum ini, pihak Motorola telah dilantik sebagai rakan kongsi bagi menjayakan Nexus 6. Smartphone terbaru ini (or lebih sesuai digelar sebagai phablet?) akan didatangkan dengan skrin berukuran 5.96”inch QHD, kamera utama 13 Megapixel, kamera hadapan 2 Megapixel, chipset Snapdragon 805 daripada Qualcomm, frame aluminium, dan dual front facing stereo speaker. Ia juga turut dilengkapi dengan teknologi Turbo Charger dimana anda mampu menggunakan phone selama 6 jam hasil daripada pengecasan selama 15 minit sahaja.

Pihak Google telah bekerjasama dengan pihak HTC bagi menjayakan produk kategori tablet baru keluaran mereka iaitu Nexus 9. Ia didatangkan dengan skrin berukuran 8.9”inch ,chipset 64-bit NVIDIA Tegra K1, kamera utama 8 Megapixel dan kapasiti bateri 6700 mAh. Pihak Google turut meyertakan accessories baru khas untuk kegunaan Nexus 9 iaitu Keyboard Magnetic yang mana mampu berfungsi seakan-akan sebuah computer riba (Laptop).

Last but not least, pihak Google kali ini turut meperkenalkan Android TV pertama mereka iaitu Nexus Player hasil kerjasama dengan pihak Asus. Dengan adanya Nexus Player ini, anda mampu membuat streaming secara online untuk menonton movie, mendengar lagu, menonton video ataupun memainkan permainan Android (maanyaak syok).

Menurut pihak Google, Nexus 9 dan Nexus player akan mula dibuka untuk pre-order pada 17 Oktober ini dan akan mula dijual pada 3 November ini. Nexus 6 pula akan dibuka untuk pre-order pada penghujung Oktober dan bakal dijual pada November ini. Jika anda sudah memiliki Nexus 4, 5, 7, 10 dan smartphone edisi Google Play, berita baik untuk anda kerana update Android Lolipop 5.0 akan sedia dimuat turun dalam berberapa minggu lagi.


Sumber: Google



Rabu, 15 Oktober 2014

Rumors: Perlancaran Android L, Nexus 6 dan Nexus 9 pada minggu ini?

Tiba-tiba terasa seperti pihak Google semakin hampir untuk memperkenalkan Nexus 6, Nexus 9 dan public release bagi Android L dalam masa terdekat ini. Banyak ura-ura yang menyatakan bahawa pihak Google bakal melancarkan kesemua produk mereka pada minggu ini. Walaupun masih tiada confirmation berkenaan tarikh perlancaran, pihak Google dilihat sudah mula memuat naik video di Youtube yang memperlihatkan (kemungkinan) kelibat Google Nexus 6 yang menggunakan system operasi Android L. Adakah ini benar, atau sekadar kebetulan? 


Sabtu, 11 Oktober 2014

Meizu MX4 bakal dipasarkan di Malaysia

Nampaknya pihak Meizu berminat untuk meluaskan kawasan taklukannya di Malaysia. Meizu MX4 adalah flagship device terbaru daripada Meizu yang dilihat akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai penghujung bulan ini. Harga saranan penjualan ialah RM 1,048.


Dengan harga ini, anda mampu memiliki smartphone yang dijanakan dengan chipset generasi baru Mediatek MT6595 dengan skrin Sharp bersaiz 5.3”1152x1920 IPS (Agak pelik resolusinya), kamera 20.7 Megapixel Sony Exmor RS, dan Flyme 4.0 OS on top of Android 4.4.4. Meizu MX4 boleh didapati dengan dua variasi memori dalaman iaitu 16GB dan 32GB.


Khamis, 9 Oktober 2014

Top 5 : Smartphone dengan kepadatan pixel tertinggi

Berberapa tahun yang lepas, menerima ketajaman pixel melebihi 500ppi pada smartphone dilihat amat mustahil untuk dicapai. Namun, hari ini, kita dapat melihat pelbagai syarikat gergasi teknologi dunia sudah mula mengimplimantasikan teknologi ini kepada setiap smartphone keluaran mereka. Bermula dengan syarikat teknologi daripada China iaitu Vivo dan Oppo, hinggalah ke syarikat teknologi ternama dunia seperti Samsung dan LG, kita dapat lihat trend smartphone dengan skrin Quad HD (1440x2560 pixel) bakal menjadi sesuatu yang mainstream tidak lama lagi.

So, apakah itu ketajaman pixel? Basically, kebanyakkan smartphone harus mempunyai paparan skrin, dan setiap paparan skrin ini memerlukan pixel. Setiap image yang kita lihat pada smartphone adalah dijana dengan pencahayaan pixel. Oleh itu, lebih tinggi nilai dan kepadatan pixel pada paparan skrin, lebih tajam dan vivid setiap image yang dapat kita lihat. And Yes, lebih tinggi nilai pixel, lebih banyak penggunaan tenaga/bateri. Ini berlaku kerana lebih banyak pixel yang perlu dinyalakan.

Persoalannya sekarang, apakah jenis smartphone yang sudah mula menyokong teknologi skrin QuadHD ini? Jadi, tanpa membuang masa berikut disenaraikan Top 5 jenis smartphone yang mempunyai skrin QuadHD terbaik.

Samsung Galaxy S5 LTE-A

Smartphone ini telah dilancarkan tidak lama selepas Samsung Galaxy S5 mula dijual di pasaran tempatan. S5 LTE-A ini merupakan smartphone yang mempunyai spesifikasi yang paling tinggi buat masa ini. S5 LTE-A dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.1”inch Super AMOLED dengan nilai pixel 1440x2560, ini bermakna smartphone ini memiliki kepadatan pixel sebanyak 577ppi. WOW!!! Tidak cukup dengan itu, S5 LTE-A ini diperkasakan dengan chipset 2.5Ghz Quadcore Snapdragon 805, GPU Adreno 420, 3GB RAM (LPDDR3) dan kalis air IP67 certified. Spesifikasi lain bagi smartphone ini adalah sama seperti Samsung Galaxy S5 iaitu kamera 16 Megapixel ISOCELL, sensor cap jari, heartbeat monitor dan bateri sebesar 2,800 mAh.


Selasa, 7 Oktober 2014

LG G Watch R bakal dilancarkan kelak

Menurut ETNews dan ZDNet Korea, LG merancang untuk melancarkan LG G Watch R mereka di Korea Selatan pada 14 Oktober ini. Ia dikatakan akan dijual pada harga KRW 352,000 (RM 1,080). Harga saranan bagi penjualan LG G Watch R ini dikatakan terlampau mahal jika dibandingkan dengan harga jualan predecessor smart watch tersebut iaitu LG G Watch yang mula dijual sekitar harga KRW 270,000 (RM 825).Laporan menyatakan bahawa pihak LG masih belum membuat keputusan berkenaan penyenaraian harga dan availability bagi negara-negara lain buat masa ini.


LG G Watch R merupakan smartwatch pertama yang meyertakan skin bulat sepenuhnya bersaiz 1.3” POLED (Plastic Organic Light-emitting Diode) 320 x 320. Ia juga turut didatangkan dengan chipset Snapdragon 400, IP67 certified dan kapasiti bateri sebesar 410 mAh yang mampu bertahan selama sehari setengah hingga dua hari (bergantung kepada penggunaan).

Lenovo SmartBand SW-B100

Teknologi bagi smartphone sudah hampir mencapai kemuncaknya, ini berikutan kebanyakkan smartphone baru yang telah dilancarkan baru-baru ini seperti Galaxy S5, Galaxy Note4, LG G3, iPhone 6 dan etc hanya mengenakan pembaharuan yang minima berbanding predecessor mereka. Oleh itu, kebanyakkan syarikat seperti Samsung, Apple, Huawei, LG dan etc telah mula mengembangkan sayap mereka dan mula memfokuskan kepada Wearable Device. Untuk tidak ketinggalan dalam arena Wearable Device ini, pihak Lenovo juga dilihat turut bercadang untuk memasarkan Wearable Device baru mereka iaitu SW-B100.



Bagi peminat tegar Lenovo yang berharap Wearable Device ini dijanakan oleh software Android Wear, well, too bad, kerana SW-B100 ini hanya merupakan SmartBand yang berfungsi sebagai pemantau fitness anda. Seperti kebanyakkan SmartBand lain, ianya harus disambungkan kepada smartphone anda via Bluetooth terlebih dahulu dan seterusnya segala data yang diperoleh akan dipaparkan pada skrin smartphone anda.

Antara spesifikasi lain SW-B100 termasuklah built-in heart rate monitor, Bluetooth, ketahanan air IP67, dan bateri yang mampu bertahan maksima 7 hari. Persoalan yang masih belum terjawab ialah samada ia benar-benar akan dipasarkan dan jika ya, bilakah tarikh perlancaran dan harga bagi sebuah.


Jumaat, 3 Oktober 2014

Mobile Game Terbaru : Assassin's Creed Identity


Assassin’s Creed (AC), bagi penggemar permainan computer, ada boleh dikategorikan sebagai “orang gua” jika tidak pernah mendengar nama bagi franchise gaming yang popular ini. AC sebelum ini mendapat sambutan hangat pada platform console dan kali ini, pihak Ubisoft telah menerbitkan Assassin’s Creed Identity bagi platform iOS dan Android dan paling penting ianya PERCUMA. Happy? Mari menari.

Siri terbaru bagi AC buat masa ini hanya boleh di muat turun menggunakan platform iOS di Australia dan New Zealand. Khabar menyatakan game ini hanya akan boleh di muat turun secara worldwide (iOS & Android) sekitar tahun hadapan.

Game ini menggunakan graphic Unity Engine  dan ia kelihatan sangat awesome yoo! Gameplay juga masih mengekalkan konsep RPG seperti yang terdapat pada platform console.





Khamis, 2 Oktober 2014

Leaks Terbaru : Motorola Nexus 6 a.k.a Shamu

Berberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan leaks berkenaan Nexus 6 yang mana akan dibangunkan oleh pihak Motorola. Namun, kebanyakkan leaks yang dihebahkan hanya lebih kepada lakaran konsep. Jadi, taraaaaaa!!! Gambar dibawah mungkin, mungkin and mungkin merupakan leaks pertama yang menunjukkan rupa sebenar bagi Motorola Nexus 6. Di dalam gambar tersebut, kita boleh melihat chasis depan bagi Nexus 6 ini.


Yes, namapun masih dikategorikan sebagai “Leaks”, so kepastian yang mana ini adalah Nexus 6 atau nama kod “Shamu” yang sebenar belum dapat disahkan. Tetapi, ia tetap kelihatan hampir sama dengan leaks yang terdahulu. Smartphone ini dilihat menggunakan software Android L (berdasarkan rupa Navigation Button) dan ia juga dilihat mempunyai speaker dibawah skrin juga, sama seperti rumors yang terdahulu.

Rumors menyatakan Nexus 6 akan didatangkan dengan skrin QuadHD bersaiz 5.9”, Qualcomm Snapdragon 805 SoC, dan kamera utama 13 Megapixel. Ia mungkin bakal dilancarkan sekitar pertengahan Oktober atau awal November tahun ini.



Selasa, 30 September 2014

Kamera Smartphone Terbaik : Low-Light Photography

Samsung SCH-V200 merupakan phone pertama didunia yang dilengkapi kamera, phone ini telah dipasarkan secara global bermula Jun 2000, and yes, it about 14 years ago. Sejak daripada itu, boleh dikatakan hampir kesemua manufacture smartphone mula mengetengahkan implimantasi kamera kedalam setiap pengeluaran phone mereka. Hari ini, kita dapat melihat pelbagai jenama tersohor dunia seperti HTC, Samsung, Apple, LG, Oppo, Huawei dan etc mampu menghasilkan kamera phone berkualiti tinggi yang mampu membuatkan pengguna tidak lagi menggunakan kamera kompak as a point to shoot camera. Namun begitu, masih terdapat berberapa penambahbaikkan yang boleh dibuat terutama jika kita membincangkan tentang low-light photography.

Secara jujurnya, smartphone masih lagi tidak mampu untuk menghasilkan gambar yang cantik dan berkualiti apabila berdepan dengan low-light condition kerana kekangan sensor yang kecil, dan ini menyebabkan kamera DSLR masih dan tetap memegang takhta bagi low-light photography kerana ia mempunyai sensor yang besar. Namun ini tidak bermakna tiada smartphone yang mampu mengambil gambar yang baik jika berdepan dengan low-light condition. Oleh itu, berikut adalah berberapa pilihan bagi the best smartphone yang mampu sedikit sebanyak menyelesaikan masalah anda apabila berdepan dengan low-light condition terutama diwaktu malam apabila ketiadaan dan kekurangan cahaya.

Asus Zenfone 5 & Asus Zenfone 6

Kedua-dua smartphone ini boleh dikategorikan sebagai smartphone kelas pertengahan “mampu milik”, namun pihak Asus menyatakan bahawa teknologi PixelMaster yang disertakan pada kedua-dua smartphone ini mampu mengambil gambar yang cantik apabila berada di kawasan yang gelap/kurang cahaya. Tetapi, yes, ada tetapi, apabila anda mengambil gambar low-light menggunakan 13 Megapixel kamera Zenfone 6, ia sebenarnya hanya akan menghasilkan gambar menggunakan 3 Megapixel sahaja dan jika anda menggunakan 8 Megapixel kamera Zenfone 5, ia sebenarnya hanya akan menghasilkan gambar menggunakan 2 Megapixel sahaja. Walaupun kedua-dua smartphone ini menggunakan Megapixel yang rendah untuk low-light photography, gambar yang terhasil tetap akan memuaskan hati anda, usah risau ya.


iPhone 6 Plus

Why not iPhone 5s or iPhone 6? Jawapan mudah, ia dilengkapi sensor yang lebih baik, plus, ia memiliki Optical Image Stabalization. Sambung story, smartphone terbaru keluaran Apple ini memiliki kamera utama 8 Megapixel dengan sensor 1/3” dan Optical Image Stabalization. Seriously and honestly, dengan sensor sebesar itu, ia pasti mampu menghasilkan gambar-gambar low-light dengan kualiti terbaik. 

Sabtu, 27 September 2014

Smartphone Terbaru : Nokia Lumia 830


Pada IFA 2014 yang lalu, pihak Microsoft dilihat telah melancarkan smartphone mampu milik terbaru mereka  iaitu Lumia 830 dimana mereka cuba untuk meletakkan kamera berkapasiti high end ke dalam sebuah smartphone yang kompak. Lumia 830 ini akan mula dijual di Malaysia mulai 3 Oktober dengan harga saranan RM1399 sebuah.

Lumia 830 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inch ClearBlack 720p IPS (1280 x 720), Corning Gorilla Glass 3, dan Curved Glass. Jadi secara teorinya, dengan gabungan teknologi display ini, kita seharusnya dapat melihat hasil yang akan membawa kepada penggunaan smartphone yang lebih praktikal apabila digunakan dikawasan outdoor.

Rabu, 24 September 2014

Isu Hangat: iPhone 6 Plus mudah bengkok

Hari ini terdapat desas desus daripada pengguna iPhone 6 Plus yang menyatakan bahawa iPhone mereka mengalami sindrom 'Bendable' atau kebengkokkan. Perkara ini tercetus semasa pengguna cuba untuk duduk di atas kerusi dengan iPhone mereka berada didalam poket seluar (Jeans & Ketat). Fenomena ini telah memperlihatkan rasa ketidakpuasan hati pengguna iPhone 6 Plus kerana produk baru daripada Apple ini kelihatan sangat fragile.

Seorang Youtubers daripada channel Unbox Therapy secara sukarelanya telah membuat ujian ketahanan ke atas iPhone 6 Plus miliknya dengan cubaan membengkokan iPhone tersebut dengan hanya menggunakan kekuatan jarinya. So, bagaimana resultnya? Mari kita lihat gambar-gambar dibawah. 




Persoalannya sekarang, mengapakah perkara seperti ini boleh berlaku? Pandangan peribadi, hampir keseluruhan aspek design luaran iPhone 6 Plus adalah menggunakan material daripada Aluminium. Dalam masa yang sama, ia memiliki kelebaran yang besar dan ketebalan yang nipis (158.1 x 77.8 x 7.1 mm). Rekabentuk ini secara logiknya akan mudah dibengkokkan, Aluminium + nipis = Mudah dibengkokkan, lagi menghayat hati adalah Aluminium tidak mempunyai sifat seperti Polycarbonate, Aluminium mudah dibentuk dan akan kekal dengan bentuk yang baru. So, hipotesisnya, semakin nipis Aluminium itu, semakin mudah ia dibengkokkan (berubah bentuk). 

Mari kita nantikan apakah solusi yang bakal dibawa oleh pihak Apple bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Isnin, 8 September 2014

Smartphone Terbaru : Sony Xperia Z3


Pihak Sony baru-baru ini telah melancarkan satu lagi produk Flagship Device mereka iaitu Sony Xperia Z3. Majlis perlancaran ini telah berlangsung di IFA 2014, Berlin. Xperia Z3 merupakan kemaskini terbaru kepada line-up Xperia Z (Xperia Z, Xperia Z1, dan Z2) mereka. Tidak terdapat banyak perubahan yang berlaku pada Xperia Z3 ini jika dibandingkan dengan Xperia Z2, namun, ianya tetap membawa sedikit tweak yang membolehkan Xperia Z3 ini tampak setanding dengan Flagship Device lain yang terdapat dipasaran sekarang.

Sebagai permulaan, tidak enak untuk bercerita lebih lanjut tentang Xperia Z3 ini tanpa menyenaraikan terlebih dahulu spesifikasi terbaru yang ada didalam Smartphone ini. Xperia Z3 diperkuasakan dengan cip pemprosesan 2.5Ghz Snapdragon 801, RAM sebesar 3GB, kamera utama 20.7 Megapixel Exmor R, 2.2 Megapixel kamera hadapan, skrin FullHD 1080p bersaiz 5.2 inch, 16GB memori dalaman + Slot Microsd, 4G LTE, Android 4.4.4 dan kapasiti bateri bersaiz 3100 mAh.

So, melihat dari segi spesifikasi yang ditawarkan, Sony dilihat tidak membawakan kemaskini yang sangat ummmpphhh (susah nak explain dengan kata-kata) kepada Xperia Z3 mereka. Mengapa saya berkata demikian? Ok, jika dilihat pada trend semasa pengeluaran Smartphone, kebanyakkan pengeluar telah mula menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 805 berbanding Snapdragon 801 yang ketinggalan 'sedikit' zaman. Kebanyakkan pengeluar juga sudah mula menggunakan skrin yang lebih terkini iaitu 2K QuadHD display berbanding 1080p FullHD display yang popular digunakan oleh kebanyakkan pengeluar smartphone pada tahun lepas.


Rabu, 3 September 2014

Smartphone Terbaru : Meizu MX4


Meizu datang lagi dengan flagship terbarunya iaitu Meizu MX4!

Sebagai pengenalan, Meizu Technology Co. Ltd adalah sebuah syarikat elektronik yang beroperasi di Zhuhai dan merupakan top 10 pengeluar smartphone di China. Baru-baru ini, pihak Meizu telah melancarkan smartphone terbaru mereka yang dinamakan sebagai Meizu MX4. So, mari kita lihat apakah yang menarik tentang Meizu MX4 ini.

Meizu MX4 didatangkan dengan 2.2Ghz MediaTek MT6595 OctaCore CPU dengan RAM sebesar 2GB. Ya, semestinya ramai yang akan mempertikaikan penggunaan chipset MediaTek yang terkenal dengan performance yang kurang menyengat dikalangan pengguna smartphone, namun hakikatnya chipset yang digunakan ini adalah diantara chipset terbaru keluaran pihak MediaTek yang berupaya beroperasi dengan baik dan pantas setanding dengan pengeluar chipset terkemuka yang lain seperti Qualcomm dan Nvidia. Ini terbukti dengan keputusan mengagumkan yang telah diperolehinya didalam aplikasi Antutu Benchmark.


Isnin, 1 September 2014

Sejarah : Samsung SCH-V200

Telefon bimbit berkamera pertama didunia

Pada hari ini, adalah menjadi satu kewajipan bagi pengeluar smartphone untuk menyertakan fungsi kamera kepada setiap keluaran produk baru mereka. Antara smartphone yang popular dengan kelebihan kamera yang cantik adalah seperti Nokia Lumia 1020, Lumia 930, Lumia 1520, Samsung S5, Oppo Find 7, HTC One M8, Sony Xperia Z2 dan banyak lagi. Setiap tahun pengeluar smartphone terkemuka dunia akan melaburkan jutaan ringgit kepada bahagian Research & Development bagi menghasilkan kamera yang terbaik untuk smartphone mereka. Hari ini, mari kita akan mengimbas kembali sejarah penghasilan telefon bimbit PERTAMA yang menyertakan fungsi built-in kamera pada terlefon bimbit tersebut.

Jumaat, 29 Ogos 2014

New Leak : Huawei Ascend Mate 7?

Sementara ramai diluar sana yang tidak sabar menanti pelancaraan Samsung Galaxy Note 4, Sony Xperia Z3, dan beberapa jam tangan pintar baru di IFA 2014, diingatkan bahawa masih ada pelbagai lagi jenama syarikat besar seperti Huawei, HTC dan LG yang juga bakal melancarkan produk-produk baru mereka. 


Khamis, 28 Ogos 2014

New News : Asus ZenWatch


Pihak ASUS dikatakan bakal memperkenalkan Smartwatch pertama mereka iaitu ASUS ZenWatch pada 3 September ini di IFA Berlin 2014. Berdasarkan kepada video teaser yang telah diterbitkan oleh pihak ASUS, Smartwatch ini dilihat akan didatangkan dengan design yang agak premium (Aluminium Surface) dan rumours mengatakan ianya akan menggunakan sistem operasi "Android Wear". 

Persoalan yang masih belum terjawab sekarang hanyalah dari segi spesifikasi dan harga. Diharapkan agar pihak ASUS meneliti secara terperinci cadangan harga penjualan bagi ZenWatch agar sentiasa kopentitif dengan persaing-persaing mereka seperti Samsung dan LG. 

So, apakah pendapat anda tentang Smartwatch pertama daripada pihak ASUS ini?




Rabu, 27 Ogos 2014

News : Spotify goes free for Windows Phone

Do you guys familiar with an app call Spotify?

Spotify is a commercial music streaming service providing digital rights management restricted content from record label including Sony, EMI, Warner Music Group and Universal. Spotify has already supported free music streaming with advertising on the Android and iOS platform.


Today, the Windows Phone’s user can enjoy the same value by updating your Spotify App for Windows Phone. You can now stream music for free, but......., with a couple of ads along the way, you won’t be able to sync your playlist and you will have to shuffle the songs (unlike the premium version). You also have the option to upgrade to Spotify’s premium service in order to not put up with these annoyances at any time.


So, if you want to enjoy free music streaming on your Windows Phone Device, please update or download your Spotify App right now. 

Here the download link : Spotify for Windows Phone

Selasa, 26 Ogos 2014

New Leak : Meizu MX4

Meizu is a Chinese consumer electronics company based in Zhuhai and one of the top ten smartphone manufacturers in China. Last week, the company has made another unscheduled appearance which leaks a couple of photo of their new flagship smartphone, the Meizu MX4.


The device is expected to comes with a 5.4 inch QuadHD display, along with Exynos 5 Octa SoC, a 20.7 Megapixel camera, and will be equip with Android 4.4.2 Kitkat on launch day.


The image revealed the design and Antutu Benchmark (CRAZY SCORE!!!) for this upcoming flagship killer later this September.

Sabtu, 23 Ogos 2014

New Game : Swing Copters

How patient are you? Where is your limit until you lose yourself? 

Swing Copters, is the new game that has been released recently by none other then the creator of the most famous/addictive game Flappy Bird, Dong Nguyen. This new game uses the same graphic technic (pixelated) and all you need to do is to tap on your smartphone touchscreen repeatedly.


To sum up the game experience, (in my opinion) this game is a totally pure cruel and evil and crazy and wasting my time and make me mad and make me eat a lot and eat someone and lose my temper again and again and againnnnn!!.

Hmmm.. Back to the story, so what the game does is you need to get the helicopter as high up as possible. Sound simple right? Ohh no, it became worse as you need to control the copter as it changes direction rapidly at will. 

This is by far the most difficult game I ever played (mobile gaming). You can download Swing Copters (if you dare) for free on iOS and Android devices. May the force be with you my young Padawan.

Let's watch the gameplay.



Khamis, 21 Ogos 2014

Software Update : Nokia Lumia 920 Cyan WP 8.1


Are you a Lumia 920 user? Ok, listen carefully, if you are here in Malaysia, Microsoft has rolled out its Cyan Update. So, by now, you should already receive the update. Didn't receive any notification for update? No worries, you can check under settings > Phone Update.

Windows 8.1 update is an OS upgrade which brings along features like Microsoft's Internet Explorer 11 web browser, a customizable lock screen, pull down notification bar and an extra 'live tiles' column (optional) on the home screen.

On the other hand, Lumia Cyan is a firmware upgrade and is applicable to Lumia smartphones only. This update brings camera and camera roll enhancements to Lumia smartphones.

Rabu, 20 Ogos 2014

New Smartphone : Sharp AQUOS Crystal

The Aquos Crystal from Sharp – so compact, so bezel-less.

This is among the reaction when I personally saw it on YouTube yesterday. As you can see, The Aquos Crystal has the smallest footprint for a phone with a 5 inch screen - an area that comes out only 87.8 square centimeters! This is awesome, a revolutionary design with an artistic, yet stylish looking, I was really impressed with Sharp coz they manage to came out with such a beautiful, one of a kind smartphone and thennnnn, comes the specs, folks, to be honest I’m pretty sad, the specs is little less impressive that you might think.


Isnin, 18 Ogos 2014

News: MIUI V6 OS


On last 16 August, Smartphone manufacture from China, Xiaomi, has launched their latest Operating System based on Android which is the MIUI V6. This new version of MIUI brings some new feature such as more colourful interface, minimalist design, and an upgrade of new phone security.

The main differences and complete overhaul between the MIUI V5 (Current OS) and the MIUI V6 is mostly on the icon side. This time around, Xiaomi had made a major changes and added a new flat design for all of its icons. They also put a really serious effort to add more unique animation transition that looks pretty nice but (sorry to say) does looks alike like an OS that can be found on most Apple devices.



MIUI V6 has also added new gestures feature for the homescreen along with a redesigned notification shade with toggles for various settings. The notification center shows notifications on the lockscreen and there's themes support for the UI with more than 5,000 available as of now.

For now, MIUI V6 only available for Beta Tester. Xiaomi promised that the Mi4 and Mi3 user will get an update for their new OS in early October. They also said that other Xiaomi product such as the Redmi 1s and Redmi Note will also get this update later, but there is no confirmation about the date just yet.


So without further a due, let’s check out a video of MIUI V6 in action.